Khamis, Januari 21, 2010

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi III

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi (Hari Terakhir)
Penuntut-Penuntut Pra-U I 2010/2011
SMALHB
21hb Januari 2010M
.
Hari terakhir Minggu Ta'aruf dan Silaturrahmi diserikan lagi dengan pertandingan Lagu Rasmi Sekolah antara kelas-kelas Pra-U I. Pertandingan yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi itu dihakimi dari sudut Lagu yang membawa 40 markah, Suara / Fasahah 40 markah dan kreativiti persembahan 20 markah.
.



.
Gaya kumpulan juara.. suasana dewan gamat dengan kreativiti Pra-U I Zabarjadi
.

.
Hakim-hakim pertandingan
.
.
Manakala Majlils Penuntut Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi 2010M berlangsung di sebelah petang. Timbalan Pengetua Akademik, YM U. Haji Saharuddin bin Haji Patra dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada penuntut-penuntut baru dan berdoa semoga SMALHB akan terus cemerlang sesuai dengan moto sekolah dengan kehadiran ahli-ahli keluarga SMALHB yang baru.
.
Awang Afiq bin Roslan mewakili penuntut-penuntut Pra-U I di dalam ucapannya mengucapkan syukur dan berterima-kasih kepada seluruh warga SMALHB di atas program-program suai kenal yang bukan sahaja dapat merapatkan silaturrahmi antara warga SMALHB bahkan dapat menimba satu lagi ilmu baru di dalam kelompok kehidupan dan suasana pembelajaran yang baru sebelum bergelar siswa/siswi di masa akan datang.
.
Persembahan tausyeh menyerikan lagi majlis penutup
.
.
Timbalan Pengetua Akademik juga berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti selama 3 hari Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi berlangsung.
.

.
Acara bersalam-salaman antara penuntut-penuntut senior dan junior
.
.
150 penuntut-penuntut Pra-U I sesi 2010/2011M
.
.
Antara Ahli Jawatan Kuasa Penuntut yang bertungkus-lumus menjayakan program 3 hari bersama penuntut-penuntut Pra-U I
.

Rabu, Januari 20, 2010

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahim II

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi (Hari Kedua)
Penuntut-Penuntut Pra-U I 2010/2011
SMALHB
20hb Januari 2010M
.
Hari kedua Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi diteruskan lagi dengan walkathon dan aktiviti-aktiviti berbentuk "Team Building" dari kawasan perkarangan sekolah ke kawasan letak kereta Tamoi dan seterusnya ke Kawasan Kubah Makam DiRaja.
.



.
"Kami bukan kanak-kanak..kami adalah juaraaa~"
.
.
Aktiviti "Tom and Jerry"
.
.
"Trust Falling"
.
.
Kira-kira jam 11 pagi, satu lagi taklimat berlangsung di dewan sekolah telah disampaikan oleh Guru Kanan Akademik dan Guru Kanan Ko-Kurikulum.
.
.
"ermm~batu-batu hikmat kah tu ?"
.


.
Acara sebelah petang ialah Musabaqatuz Zaka' di mana kuiz 3 pusingan ini menonjolkan bakat dan pengetahuan am para penuntut secara spontan. Dari 8 buah kelas bertanding di pusingan pertama menjadi 3 kelas di pusingan terakhir untuk merebut juara antara kelas.
.

.
Senam robik mengisi slot petang para penuntut asrama puteri. Manakala asrama putera mengadakan sukan futsal persahabatan.
.

.
Selesai solat Isyak berjemaah dan makan malam, satu pertandingan azan antara pelajar-pelajar lelaki mengambil tempat di surau SMALHB. Seramai 7 peserta wakil setiap bilik telah diadili oleh YM Awg Zulhafiz bin Haji Tengah dan YM Ak. Mohd Shahrin Pg.Haji Shamsuddin.
.


.
Persembahan tausyeh gabungan Menengah 6 Atas di akhir segmen pertandingan.
.

Selasa, Januari 19, 2010

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi I

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi (Hari Pertama)
Penuntut-Penuntut Pra-U I 2010/2011
SMALHB
19hb Januari 2010M
.
SMALHB dengan rasminya menerima sejumlah 150 orang penuntut-penuntut baru pelbagai jurusan yang akan mengikuti selama lebih kurang 2 tahun pengajian di peringkat Pra-U I & II bermula 19hb Januari 2010M.
.

.
Pemangku Pengetua mewakili warga SMALHB berasa gembira dengan pencapaian para penuntut baru di dalam peperiksaan bersijil mereka pada tahun lalu yang melayakkan mereka menyambung pengajian di peringkat Pra-U.
.
Beliau juga menasihati para penuntut agar terus memajukan diri dan bersiap sedia dari fizikal dan mental dengan sistem pembelajaran baru di mana pelajar-pelajar cemerlang berpeluang untuk menerima biasiswa dari pelbagai organisasi untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti kelak di luar mahupun di dalam negeri.

.
.
Acara pada pagi tersebut diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan persembahan 5 bahasa kalaborasi penuntut-penuntut menengah enam atas.
.
.
Ikrar penuntut dilafazkan oleh semua penuntut dikepalai oleh Yang DiPertua Penuntut, Setiausaha dan Ketua Raid sesi 2009M.
.


.
Selesai menunaikan sembahyang Fardhu Zuhur berjemaah dan makan tengahari, satu sesi taklimat pentadbiran SMALHB berlangsung disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran I dan II, Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Guru Kanan Disiplin.
.
.
Bagi penuntut-penuntut baru yang tinggal di asrama, pelbagai program disusun bagi mengisi aktiviti-aktiviti Minggu Ta'aruf Dan Silaturahmi antara para penuntut asrama. Antaranya ialah acara ber'jogging', tarik-kalat persahabatan antara penuntut-penuntut 'senior' dan 'junior' dan perlawanan persahabatan futsal.
.



.
Manakala asrama puteri tidak ketinggalan juga mengaturkan aktiviti-aktiviti bersesuaian dengan penuntut-penuntut perempuan Pra-U I. Acara berbentuk 'team-building' di dalam dewan SUAMP RIPAD memfokuskan dan memupuk sikap setiakawan dalam berpasukan diterapkan dalam program.
.

.
Selesai bersembahyang Maghrib, para penuntut asrama menunaikan Sembahyang Hajat berjemaah memohon kemudahan dalam sistem pembelajaran baru yang mula diperkenalkan pada tahun ini dan juga meminta supaya terhindar dari segala bala bencana serta kesulitan sepanjang berada di SMALHB.
.