Program Lawatan Ke Kota Kinabalu (Bahagian 2)
Bermula : 1hb Disember - 5hb Disember 2009M
Anjuran : Ko-Kurikulum SMALHB
.Bermula : 1hb Disember - 5hb Disember 2009M
Anjuran : Ko-Kurikulum SMALHB
Pada hari ketiga lawatan, rombongan dibawa masuk ke Kinabalu National Park. Udara yang segar dan sejuk di pergunungan Gunung Kinabalu ini memberikan semangat para penuntut melihat sendiri gahnya Gunung Kinabalu, gunung keempat tertinggi di Asia Tenggara.
. Para penuntut berjalan melihat keindahan panorama kawasan pergunungan Kinabalu sehingga berada di ketinggian 1800 meter dari paras laut.
."Beapa saja bisdia ani~ ? *wink*"
.
.Replika Bunga Raflesia yang terdapat di Kinabalu National Park
.Pada sebelah petang hari yang sama, rombongan dibawa melawat ke kilang coklat terbesar di Sabah yang berada di Tanjung Aru. Cocoa Boutique menyajikan dan menjual pelbagai jenis coklat berperisa. Antara perisa yang unik terdapat di kilang tesebut ialah coklat berperisa cili dan durian.
." Haa~ bisdia pantang melihat coklat..senyum lebar tarus tauke kilang..hehe.. "
.Hari keempat lawatan diisikan dengan program Riadhah ke Pulau Manukan. Sabah memang terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya dan Pulau Manukan merupakan antara pulau yang penuh tarikan para pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu.
.
." Jangan lupa pakai Losyen aaa~ "
.


.Antara aktiviti yang dilakukan semasa di pulau ialah seperti "Warming Up", Volleyball, 3 sekaki dan berenang.
.
.Jaguh-jaguh Volleyball..hehe
.
.Selain dari keaslian panorama Pulau Manukan, ia juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal "Chalet", restoran-restoran, kayak dan bermacam-macam lagi.
.
.Peninggalan sejarah juga turut dipamerkan di beberapa sudut di pulau ini.
.
.Bergambar ramai di Warisan Square
.
Surprise !! Khairul Anam dikejutkan dengan Birthday Cake sewaktu pulang ke Brunei Darussalam pada 5hb Disember 2009M. Happy Birthday to u~
.
.Foto : courtesy of Azhar, Tykah, Reyan hK, Noyyumz, Asdey, Munirah




















