Sabtu, Mac 07, 2009

Pesta Buku 2009

Pesta Buku 2009
Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah
Tarikh Lawatan : 5hb dan 7hb Februari 2009M

.
Lebih 64,000 orang yang terdiri dari pelajar-pelajar dan penggemar-penggemar buku mengunjungi Pesta Buku Brunei 2009 yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah di Berakas yang dibukakan selama sepuluh hari bermula dari 27 Februari lalu sempena sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
.
Pesta ini bertujuan mempromosi dan menanam tabiat minat membaca di kalangan orang ramai terutama golongan muda serta memberikan peluang kepada peserta pesta untuk meningkatkan kerjasama perdagangan, membina rangkaian dan meningkatkan perusahaan penerbitan buku tempatan.
.

.
SMALHB juga tidak ketinggalan menghadiri pesta buku 2009 ini pada 5hb dan 7hb Februari lalu. Tema pesta buku kali ini adalah "Buku Untuk Masa Depan" demi melahirkan ilmuan dan tokoh yang cerdik pandai. Pesta buku yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu disertai lebih 50 syarikat dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Filipina dan Malaysia.
.
.
.
.
.
Al-Quran Digital adalah antara produk yang mendapat tempat di hati pengunjung dan pelajar SMALHB.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Khamis, Mac 05, 2009

Perkumpulan Pagi Persembahan Syariah Abyadh

4 Mac 2009
Rabu
Perkumpulan Pagi Kali Ke 3


Perkumpulan pagi pada setiap 2 minggu sekali yang berjalan bermula pada tahun 2009M ini menyaksikan pelajar-pelajar dalam setiap kelas yang terpilih membuat kreativiti dalam tiap persembahan mereka yang menjalinkan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar penggunaan Bahasa Arab dan Inggeris secara berterusan dalam perbualan harian semasa di dalam kawasan sekolah dan interaksi positif sesama rakan dan guru.


.
Minggu ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari Kelas Syariah Abyadh mempersembahkan acara-acara mereka. Doa sekolah dibacakan oleh Mohd Azrin bin Haji Asri. Sementara itu, bacaan Al-Quran secara murattal dipersembahkan oleh Md Safwan bin Md Sofian, Abd Salam bin Haji Jahari dan Ahmad Faiz bin Haji Sawal.
.
.
Persembahan Lagu Kebangsaan beramai-ramai dan seterusnya Lagu Rasmi sekolah diketuai oleh pelajar-pelajar Syariah Abyadh.
.
.
.
.

Khutbah Bahasa Inggeris tentang peperiksaan STPUB disampaikan oleh Mohd Saufi bin Haji Suhaili.
.
.
Minggu ini menyaksikan satu sketsa berkisar tentang Majlis Hari Jadi yang dirancang untuk salah seorang pelajar dari Syariah Abyadh itu sendiri yang kebetulan jatuh pada hari tersebut.
.

Manakala Khutbah Bahasa Arab berkisar memperingati junjungan besar kita, Rasullullah SAW disampaikan oleh Norain binti Awg Haji Othman.
.

Sketsa disambung semula dengan kejutan kek hari jadi untuk Mohd Firdaus bin Haji Nualam yang jatuh pada hari tersebut. Dewan gamat seketika dengan nyanyian lagu "Selamat Hari Jadi" dalam versi Bahasa Arab oleh semua warga SMALHB.
.
.
.

"Birthday Boy kitani memberi ucapan spontan dalam Bahasa Arab..."
.

Dikir Syarafil Anam Sempena Maulidur Rasul

3hb Mac 2009
Selasa
Surau SMALHB


Menjadi tradisi apabila menjelang Sambutan Maulidur Rasul, semua masjid, balai-balai ibadat dan surau menyemarakkan sambutan kelahiran junjungan kita tercinta dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. SMALHB tidak ketinggalan mengadakan aktiviti Dikir Syarafil Anam yang menggabungkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah dan Atas di surau SMALHB.

.

.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah dan seterusnya Dikir Syarafil Anam. Turut hadir pada malam itu beberapa orang pegawai dan guru SMALHB.
.
.
.
.
.
.
.
.
Doa dikir dibacakan oleh Awang Mohd Zulwaqar bin Suhaili, pelajar Tingkatan 6 Bawah dan doa selamat oleh Ustaz Abd Rahman Mahmuda.
.
.
.
Selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, semua hadirin dijemput ke dewan makan untuk menikmati jamuan malam.
.
.

4hb Mac 2009
Rabu
Dikir Syarafil Anam di Surau Berakas Garrison, ABDB.
.
.
Sementara itu, keesokan malamnya, SMALHB dijemput ke surau Berakas Garrison, ABDB bagi majlis yang sama. Kumpulan SMALHB dialu-alukan oleh Pegawai Takmir Surau tersebut dengan membawa dikir " BISHAHRIN " pada malam tersebut.
.
.
.