Sabtu, Februari 14, 2009

Latihan Hari Kebangsaan Kali Ke 25

Latihan Perbarisan Lalu Hari Kebangsaan
bermula 9hb Februari 2009M

Selepas lebih kurang seminggu kemasukan pelajar-pelajar baru ke SMALHB, latihan perbarisan lalu sempena Hari Kebangsaan ke 25 diadakan di kawasan sekolah. Latihan yang dibimbing oleh beberapa pegawai dari Jabatan Penjara ini bermula sekitar jam 8.30 pagi hingga jam 10 pagi setiap hari.
.
Warming up sebelum latihan...
.



" Baris....Pandang...Kanan!!.."
.
"Lepas graduate..boleh ramai-ramai apply jadi Pegawai berUniform..."
.


Jumaat, Februari 13, 2009

Jerayawara Menghafaz Ayat-ayat Suci Al-Quran Dan Surah-surah Pilihan di Institut Tahfiz SHHB

7hb Februari 2009M
Sabtu
8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Satu Jerayawara Menghafaz Ayat-ayat Suci Al-Quran telah diadakan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHB) dan SMALHB telah diundang menghadiri sama-sama memeriahkan jerayawara tersebut.
.

Ucapan dan taklimat pada pagi tersebut telah disampaikan oleh Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran, Ustaz Haji Abd. Rajid di dewan kuliah di Tingkat Satu, bangunan institut berkenaan. Turut bersama beliau ialah Timbalan Pengetua dan seorang tenaga pengajar Al-Quran.

.


Sejurus selepas taklimat, pelajar-pelajar SMALHB yang terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas dibawa melihat ke bilik-bilik pameran.
.





Khamis, Februari 12, 2009

Lawatan Dari Perwakilan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah Darul Aman

7hb Februari 2009M
Sabtu

SMALHB pada pagi sabtu yang lalu bertuah kerana dikunjungi oleh seorang perwakilan dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah Darul Aman. Puan Norazlina binti Zakaria, Dekan Hal Ehwal Pelajar di Universiti Islam yang bertaraf antarabangsa itu diiiringi oleh rombongan dari pihak UNISSA.
.
Adapun antara tujuan lawatan ialah selain dari hubungan dua hala, pihak dari KUIN jua membuat promosi jurusan-jurusan yang ditawarkan dari KUIN untuk pelajar-pelajar lepasan STPUB atau pegawai-pegawai yang berminat meneruskan pengajian mereka di peringkat yang tinggi seperti Sarjana Muda, Master ataupun PhD dalam pelbagai bidang di dalam Bahasa Arab dan Inggeris. Manakala tenaga pengajar kebanyakannya adalah lulusan Universiti Al-Azhar.
.

Pada pagi itu juga, perwakilan KUIN sempat menayangkan klip yang memaparkan bangunan KUIN baru yang akan siap menjelang 2 tahun lagi berkonsepkan moden Islam cemerlang. Bangunan baru yang seperti bentuk seorang Insan dari pemandangan udara sejajar dengan matlamat KUIN melahirkan khalifah di muka bumi yang akan memancarkan syiar Islam ke pelusuk dunia mengikut arus kemodenan dan global.



Pemangku Pengetua dan Perwakilan dari KUIN bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenangan.
.


Di kesempatan itu juga, Puan Norazlina sempat menandatangani buku lawatan SMALHB sebelum majlis lawatan bersurai.
.

Untuk keterangan yang lebih lanjut bagi mereka yang berminat, bolehlah melayari laman web KUIN iaitu http://www.kuin.edu.my/ atau email ke alamat admin@kuin.edu.my


Sabtu, Februari 07, 2009

Majlis Penutup Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahim

5hb Februari 2009M


Pada pagi Khamis bertempat di dewan SMALHB, diadakan majis "Membaca Surah Yassin, Bertahlil, Bacaan Rattib Al-Attas dan Doa" yang dipimpin oleh pelajar-pelajar baru.
.
.
.

Selesai sahaja pembahagian buku-buku teks kepada semua pelajar baru, "Pertandingan Lagu Rasmi Sekolah Antara Kelas-Kelas" mengambil tempat sekitar jam 11 pagi.
.
.






Pertandingan yang disertai oleh semua pelajar baru mengikut kelas masing-masing tersebut diadili oleh Cikgu Hajah Siti Hawa Haji Saban dan seorang hakim jemputan, Awang Zulhafiz Haji Tengah.
.

Johan pertandingan pada pagi tersebut disandang oleh Kelas Syariah Akhdar. Manakala Usuluddin Banafsaji dan Syariah Burtuqali masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga. Keputusan diumumkan pada sebelah petang semasa Majlis Penutup Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim.
.

Guru Kanan Ko-Kurikulum antara yang hadir dalam pertandingan tersebut menyampaikan cenderahati kepada hakim-hakim.
.

Manakala pada sebelah petang berlangsung Majlis Penutup Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim. Majlis yang bermula sekitar jam 2 petang itu dimulai dengan bacaan Al-Quran oleh wakil pelajar Tingkatan 6 Bawah.
.


Antara aturacara majlis ialah ucapan wakil pelajar yang diraikan dan ucapan wakil AJK pelajar Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim.
.

Pada petang itu juga, Pemangku Pengetua SMALHB sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada semua pemenang sepanjang 3 hari aktiviti-aktiviti Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim ini diadakan.
.






Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar perempuan tingkatan 6 bawah yang bertajuk "Taubat Seorang Hamba"
.

Pada petang tersebut juga, pelancaran blog SMALHB telah sempurna dirasmikan oleh Pemangku Pengetua.
.


Acara bersalam-salaman antara pelajar-pelajar dan guru-guru serta antara pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas bersama-sama pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah menjadi penutup tirai majlis petang itu dengan laungan Asmaul-Husna.
.




Sebelum bersurai, pelajar-pelajar baru pengambilan tahun 2009M merakamkan foto kenang-kenangan beramai-ramai.
.

AJK penuntut yang bertungkus-lumus sepanjang Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim tidak ketinggalan mengabadikan gambar kenangan mereka. Walaupun dalam keadaan yang letih tetapi kerjasama yang diberikan sepanjang 3 hari majlis ini adalah baik. Tahniah diucapkan!
.


Wajah-wajah ceria pelapis yang bakal mengharumkan nama SMALHB 2009M
.