Khamis, Februari 05, 2009

Hari Kedua Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahim


Riadhah Ilmiah
4hb Februari 2009M

Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim pelajar-pelajar baru diteruskan lagi pada hari kedua dengan aktiviti " Riadhah Ilmiah" yang menggabungkan unsur-unsur aktiviti pembentukan sahsiah, jasmani, akli dan rohani.
.
Aktiviti dimulakan dengan acara senam robik diketuai oleh Cikgu Haji Mohd Sofian.
.


" Tabik hormat ker silau matahari tu ? "
.



Selesai saja acara pertama, 42 orang pelajar yang tersenarai dari 7 buah kelas dipilih menjayakan acara " Treasure Hunt ". Setiap kelas diwakili 3 pelajar lelaki dan 3 pelajar perempuan dan setiap kumpulan mesti menyelesaikan 6 tugasan dengan saling bekerjasama antara satu dengan lain dengan strategi masing-masing.
.

"Bukan senang nak menang Treasure Hunt..pelbagai rintangan dan cobaan perlu dilalui..semua itu..cobaan.....cobaan.."
.

Sementara menunggu 7 kumpulan menghabiskan 6 tugasan Treasure Hunt, pelajar-pelajar yang lain melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya yang telah disusun. Antaranya adalah " Passing Messages ". Pelajar perlu menggunakan kekuatan daya ingatan untuk mengingat rajah struktur pentadbiran sekolah dalam masa yang dihadkan. Mesej tersebut mesti disampaikan kepada pelajar kedua hingga keenam untuk dilakarkan semula supaya menjadi rajah yang sempurna.
.
" Gaya-gaya macho pelajar-pelajar baru kitani... "

" Waduh..waduh..sempat-sempat aja bikin foto tapi keren jugak ya dengan senyumannya.. "
.
"Passing Messages" menguji daya ingatan ahli kumpulan yang pertama sebelum menyampaikan kepada rakan..stress nampak nyer..
.
"Sampaikan mesej ah...jangan tertambah jangan terkurang ah...hehe.."
.
Manakala acara ketiga ialah acara 3 in 1 Challenges. Apa-apapun pelajar-pelajar baru tetap memberikan kerjasama dan sporting..
.
Selepas rehat kira-kira jam 11 pagi. Acara 3K bermula dengan membahagikan pelajar-pelajar baru kepada 9 zon yang telah disediakan. Acara berakhir kira-kira sejam kemudian sebelum para pelajar menunaikan sembahyang Fardhu Zuhur.
.

" Ada bakat eh mengusai-ngusai.. jangan sampai gundul bunga atu ah.. "
.

"Ermm... posing sakan jua ah 3 AJK ani ah..."
.
Menuju ke surau sekolah bagi mendirikan solat Zuhur.
.
Menikmati makan tengahari bersama-sama..
.

Manakala pada sesi petang diadakan sesi taklimat yang merupakan kesinambungan taklimat pada hari sebelumnya. Guru Kanan Akademik dan Guru Kanan Ko-Kurikulum masing-masing menerangkan tugas dan fungsi bahagian masing-masing pada petang tersebut yang dipengerusikan oleh Cikgu Shahnaz Johan Shakoor.
.


Sebelum acara PRS mengambil tempat yang dikelolai oleh Pegawai Kesejahteraan, beliau turut memberikan sedikit taklimat berhubung elaun dan segala keistimewaan kemudahan pelajar-pelajar SMALHB. Secara keseluruhan, tahniah kepada semua pelajar baru yang memberikan kerjasama sepanjang aktiviti petang tersebut walaupun agak keletihan.
.

Sebahagian AJK penuntut yang bertungkus-lumus sepanjang sesi pagi hari kedua.
.


Selasa, Februari 03, 2009

Hari Pertama Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahim Pelajar-pelajar Baru

3hb Februari 2009M / 7hb Safar 1430H


Seramai 121 orang pelajar-pelajar baru Tingkatan 6 Bawah mendaftar ke SMALHB secara rasmi pada pagi tadi. Para ibu bapa bersama anak-anak mereka yang akan menyambung pengajian mereka di Pra U selama lebih kurang 2 tahun ini sedari awal pagi lagi telah membanjiri perkarangan sekolah. Para ibu bapa dijemput naik ke dewan sebelum upacara perasmian bermula. Sementara pelajar-pelajar baru dibawa ke kelas masing-masing sebelum sama-sama beredar ke dewan besar sekolah.

Pemangku Pengetua, Ustazah Hajah Asmah binti Haji Randah tiba ke dewan besar SMALHB dan seterusnya majlis segera dimulakan.

Sebagai pembuka majlis, Bacaan Al Quran Al Karim dialunkan secara tilawah oleh Ahmad Khurshid Fahmi bin Haji Abdul Kader dan tafsirannya oleh Mohd Abdul Salam bin Haji Jahari, pelajar Tingkatan 6 Atas.
.

Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Rasmi Sekolah beramai-ramai. Lagu rasmi sekolah adalah hasil ciptaan melodi Ustaz Haji Armawi bin Haji Abdul Rahman dan liriknya nukilan Allahyarham Ustaz Haji Abdul Samad Bin Hj Juneid.
.

Bacaan Ikrar Sekolah dilaungkan diketuai oleh Yang DiPertua Penuntut bersama-sama beberapa AJK penuntut 2008M.



Pemangku Pengetua dan juga selaku Pengerusi Majlis Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim ketika berucap mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambung pengajian mereka ke institusi ini dan berharap para pelajar akan berjaya mengharumkan lagi nama sekolah ini dengan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan disiplin yang mantap.



.
Beliau juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa kerana kepercayaan mereka yang tidak berbelah-bagi terhadap sekolah ini di mana pada tahun ini, selain pelajar-pelajar yang berjaya ke SMALHB merupakan pelajar-pelajar dari Ma'Had Islam Brunei dan SUAMP RIPAD, terdapat pelajar berasal dari negara jiran dan seorang pelajar dari Institut Tahfiz Al-Quran SHHB yang menyambung pengajian mereka di SMALHB.
.

Acara majlis pagi itu diserikan dengan persembahan puisidra kalobarasi pelajar-pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 6 Atas yang bertajuk " Purih Bangsa "
.

Kelihatan Mohd Al-Faezan melontarkan sajak Bahasa Arab dengan berkesan selaras jalan cerita yang dilakonkan oleh rakan-rakan yang lain.
.



Moazzamatul Faazila mengalunkan sajak dengan penuh penghayatan
.
Kecekalan anak seorang peladang yang akhirnya berjaya menjadi seorang doktor Islam diterjemahkan dalam puisidra ini oleh NurAmirah.
.
Gaya seorang guru yang berkaliber dijayakan oleh Muhammad Nur Amin
.
Langkah seorang peguam Islam oleh Siti Nurliyana
.
NurNabilah membawakan watak anak yang akhirnya berjaya menggengam segulung ijazah.
Syabas kepada semua yang terlibat dalam persembahan puisidra.

Pelajar baru memahami isi kandungan buku panduan sekolah.

Pemangku Pengetua bersama beberapa jemputan yang hadir termasuklah Ustazah Hajah Norjainah binti Haji Buntar dari Jabatan Pengajian Islam.


Antara Ahli Jawatan Kuasa penuntut yang menjayakan sepanjang majlis pada pagi tadi.

Antara guru-guru yang membantu para ibu bapa / penjaga di kawasan tempat letak kereta di kawasan sekolah bagi mengurangkan kesesakan.

Juruacara majlis juga mengambil peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis.

Selepas berakhir majlis perasmian sekitar jam 930 pagi, para pelajar baru masuk ke kelas masing-masing untuk acara seterusnya bersama guru-guru kelas termasuklah pembayaran yuran sekolah, pembahagian buku-buku latihan/kerja, fail-fail dan sebagainya serta taklimat dan penerangan dari guru kelas yang telah diberi mandat.

Antara gelagat pelajar dalam kelas baru mereka yang sempat dirakam.
.
Manakala pada sesi petang berlangsung sesi taklimat dari Guru Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Guru Kanan Disiplin. Ustaz Ak Haji Asmady bin Pg. Haji Aliuddin bertindak sebagai pemudahcara sepanjang taklimat berlangsung.
.
.
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan majlis pada hari pertama ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa abiskita.