Ahad, Disember 12, 2010

Pulau Manukan & Zoo Lok Kawi

Lawatan Ke Pulau Manukan & Zoo Lok Kawi
Tarikh : 6hb Disember hingga 9hb Disember 2010M
.
Lawatan kali ini yang lebih memfokuskan kepada menikmati keindahan flora dan fauna mendapat sambutan yang menggalakkan di mana seramai 48 orang terdiri dari penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas, Pra-Uni I SMALHB dan ahli keluarga penuntut menyertai lawatan yang juga salah satu aktiviti di musim cuti persekolahan penggal keempat yang lalu.
.
.
Check in di Marina Court Apartment, Kota Kinabalu kira-kira jam 4.30 petang
.
.
Rombongan dibawa ke Pantai Tanjung Aru untuk menikmati panorama matahari terbenam. Walaupun keadaan cuaca hujan, ianya tidak menghalang rombongan turun ke kawasan pantai seterusnya bersama-sama membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah yang bertepatan jatuh pada hari tersebut (6hb Disember-Isnin)
.
.
Lawatan pada hari seterusnya ialah ke Pulau Manukan, pulau kedua terbesar di bawah Taman Tunku Abdul Rahman dan pulau yang paling popular di kalangan pelancong untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersukan dan juga menyelam serta snorkeling kerana pulau ini kaya dengan batu-batu karang yang cantik dan penuh variasi warna
.




.
Destinasi lawatan seterusnya ialah Zoo Lok Kawi yang terletak di Jalan Penampang Lama - Papar kira-kira 15 km dari Kota Kinabalu. Zoo ini menggamit hati rombongan SMALHB di mana mereka dapat menyaksikan dengan lebih dekat hidupan-hidupan liar seperti Gajah Asia, harimau, orang utan dan spesis-spesis terancam yang lain yang tidak terdapat di mana-mana zoo.
.

.
Para penuntut berpeluang menunggang gajah dan memberinya makan yang merupakan satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.
.


.
Para rombongan juga menyaksikan pertunjukan binatang-binatang terlatih dan ada di antara rombongan SMALHB ikut serta bermain dengan binatang-binatang tersebut.
.


.
Aktiviti mengupas buah kelapa antara wakil SMALHB dengan orang utan
.
.
Snake Lady ~ Hazirah :-)
.


.
Rombongan juga tidak melepaskan peluang membeli-belah selama 4 hari lawatan di pusat-pusat membeli-belah strategik di Bandaraya Kota Kinabalu seperti One Borneo, Warisan Square, Centrepoint KK, Bangunan Wisma dan Kilang Coklat
.

Tiada ulasan: