Sabtu, Disember 04, 2010

Extreme Challenge PTEM & SMALHB

Aktiviti "Extreme Challenge"
Anjuran : Kelab Kembara PTE Meragang
Tempat : Bukit Shahbandar
4hb Disember 2010M - Sabtu
.
Kelab Kembara & Fotografi SMALHB diundang memeriahkan lagi aktiviti "Extreme Challenge" kelolaan Kelab Kembara PTE Meragang dengan tujuan antara lain sebagai salah satu wadah ke arah semangat satupadu sesama kumpulan dan juga salah satu aktiviti di musim cuti persekolahan.
.
.
Seramai 18 orang ahli Kelab Kembara & Fotografi SMALHB mengambil bahagian dengan dibahagikan kepada 6 kumpulan. 6 kumpulan dari SMALHB beserta 6 kumpulan dari PTE Meragang diberi tugasan dan 7 kumpulan terbaik akan menerusi cabaran di pusingan kedua.
.






.
Taklimat ringkas dari pihak PTE Meragang seterusnya doa selamat oleh wakil SMALHB, Ak. Mohd Wafiuddin.
.
.
Warming up...
.
.
Tugasan demi tugasan disahut oleh kedua-dua buah institut ini dengan rasa semangat.
.

.
Mohd Fakhrul Amirin dari kumpulan 3 SMALHB mencatat masa terpantas menyusun semula "Jigsaw Puzzle" iaitu kira-kira 4 minit.
.

.
Dari 7 kumpulan terbaik di pusingan pertama, SMALHB menempah 2 tempat dari 7 kumpulan terbaik untuk ke pusingan kedua.
.
.
Wakil dari PTE Meragang
.
.
Jangan sampai kena tali !!
.



.
Di pusingan terakhir yang melibatkan 3 kumpulan terbaik, tugasan menghendaki para finalis menghabiskan makanan dalam pinggan, menyiat kulit sotong, memakan kaki ayam dan mencari benda dalam bekas. SMALHB yang diwakili oleh Mohd Haris, Mohd Fakhrul Amirin dan NorAzriah memperolehi tempat ketiga terbaik keseluruhan.
.
.
Tahniah diucapkan khasnya kepada yang berjaya dan secara amnya buat semua wakil SMALHB dan PTEM kerana kejayaan menganjurkan aktiviti berfaedah seperti ini serta memeriahkan acara-acara yang telah tersusun.
.
.
Johan Extreme Challenge tahun ini bersama-sama Presiden Kelab Kembara PTEM
.
.
PTEM & SMALHB~
.

Tiada ulasan: