Rabu, Disember 29, 2010

Borang Kemasukan Telahpun Dibuka

Borang kemasukan bagi bakal penuntut Pra-Uni I pengambilan tahun 2011 telahpun dibuka. Borang boleh diperolehi di Pejabat Pentadbiran SMALHB pada waktu-waktu pejabat pada jam :
.
Pagi : 8.00 hingga 11.00
.
Petang : 2.00 hingga 4.oo
.
Tarikh akhir mengembalikan borang ialah pada :
.
10hb Januari 2011M
.
Harap Maklum

Ahad, Disember 12, 2010

Pulau Manukan & Zoo Lok Kawi

Lawatan Ke Pulau Manukan & Zoo Lok Kawi
Tarikh : 6hb Disember hingga 9hb Disember 2010M
.
Lawatan kali ini yang lebih memfokuskan kepada menikmati keindahan flora dan fauna mendapat sambutan yang menggalakkan di mana seramai 48 orang terdiri dari penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas, Pra-Uni I SMALHB dan ahli keluarga penuntut menyertai lawatan yang juga salah satu aktiviti di musim cuti persekolahan penggal keempat yang lalu.
.
.
Check in di Marina Court Apartment, Kota Kinabalu kira-kira jam 4.30 petang
.
.
Rombongan dibawa ke Pantai Tanjung Aru untuk menikmati panorama matahari terbenam. Walaupun keadaan cuaca hujan, ianya tidak menghalang rombongan turun ke kawasan pantai seterusnya bersama-sama membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah yang bertepatan jatuh pada hari tersebut (6hb Disember-Isnin)
.
.
Lawatan pada hari seterusnya ialah ke Pulau Manukan, pulau kedua terbesar di bawah Taman Tunku Abdul Rahman dan pulau yang paling popular di kalangan pelancong untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersukan dan juga menyelam serta snorkeling kerana pulau ini kaya dengan batu-batu karang yang cantik dan penuh variasi warna
.




.
Destinasi lawatan seterusnya ialah Zoo Lok Kawi yang terletak di Jalan Penampang Lama - Papar kira-kira 15 km dari Kota Kinabalu. Zoo ini menggamit hati rombongan SMALHB di mana mereka dapat menyaksikan dengan lebih dekat hidupan-hidupan liar seperti Gajah Asia, harimau, orang utan dan spesis-spesis terancam yang lain yang tidak terdapat di mana-mana zoo.
.

.
Para penuntut berpeluang menunggang gajah dan memberinya makan yang merupakan satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.
.


.
Para rombongan juga menyaksikan pertunjukan binatang-binatang terlatih dan ada di antara rombongan SMALHB ikut serta bermain dengan binatang-binatang tersebut.
.


.
Aktiviti mengupas buah kelapa antara wakil SMALHB dengan orang utan
.
.
Snake Lady ~ Hazirah :-)
.


.
Rombongan juga tidak melepaskan peluang membeli-belah selama 4 hari lawatan di pusat-pusat membeli-belah strategik di Bandaraya Kota Kinabalu seperti One Borneo, Warisan Square, Centrepoint KK, Bangunan Wisma dan Kilang Coklat
.

Jumaat, Disember 10, 2010

Program Perkampungan Hijrah Belia

Program Perkampongan Hijrah Belia Kali ke-Enam
Pada : 6 hingga 9 Disember 2010M / 30 Zulhijjah hingga 3 Muharram 1431H.
Tempat : Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
.
Teks oleh : Sawardi HM
Disunting semula oleh SMALHB
.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, cawangan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Jabatan Pengajian Islam ini dihasratkan agar dapat melahirkan belia yang produktif dan cemerlang di samping mengeratkan silaturahim di antara penuntut-penuntut dari pelbagai sekolah menengah di negara ini.
.
Seramai 60 orang penuntut seluruh negara menyertai program tersebut di mana 18 orang peserta terdiri dari penuntut-penuntut Pra-Uni I SMALHB.
.
.
Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini memuatkan pelbagai aktiviti bermanfaat di antaranya ;
.
Hari pertama ialah Teori dan Praktikal Pengurusan Jenazah, Teori dan Praktikal Penyembelihan Binatang Ternakan dan Solat Sempena Awal Hijrah 1432M.
.




.
Hari Kedua : Kuliah Subuh, Walkaton Hijrah ke Jame' Asr Hassanal Bolkiah dan aktiviti 'teambuilding'
.
Hari Ketiga diisi dengan : senam robik dan menaikkan bendera, 'Amazing Race' sekitar bandar Seri Begawan, aktiviti belajar berenang, sessi darus'shifa, membaca Surah Yasin dan tahlil serta ceramah motivasi.
.




.
Macam Program Mari Menari si awang atu ? hehe..
.
.
Teambuilding
.
.
Hari terakhir program ialah ; Lawatan sambil belajar ke Jabatan Penjara Jerudong dan Jabatan Penjara Maraburong.
.

Sabtu, Disember 04, 2010

Extreme Challenge PTEM & SMALHB

Aktiviti "Extreme Challenge"
Anjuran : Kelab Kembara PTE Meragang
Tempat : Bukit Shahbandar
4hb Disember 2010M - Sabtu
.
Kelab Kembara & Fotografi SMALHB diundang memeriahkan lagi aktiviti "Extreme Challenge" kelolaan Kelab Kembara PTE Meragang dengan tujuan antara lain sebagai salah satu wadah ke arah semangat satupadu sesama kumpulan dan juga salah satu aktiviti di musim cuti persekolahan.
.
.
Seramai 18 orang ahli Kelab Kembara & Fotografi SMALHB mengambil bahagian dengan dibahagikan kepada 6 kumpulan. 6 kumpulan dari SMALHB beserta 6 kumpulan dari PTE Meragang diberi tugasan dan 7 kumpulan terbaik akan menerusi cabaran di pusingan kedua.
.






.
Taklimat ringkas dari pihak PTE Meragang seterusnya doa selamat oleh wakil SMALHB, Ak. Mohd Wafiuddin.
.
.
Warming up...
.
.
Tugasan demi tugasan disahut oleh kedua-dua buah institut ini dengan rasa semangat.
.

.
Mohd Fakhrul Amirin dari kumpulan 3 SMALHB mencatat masa terpantas menyusun semula "Jigsaw Puzzle" iaitu kira-kira 4 minit.
.

.
Dari 7 kumpulan terbaik di pusingan pertama, SMALHB menempah 2 tempat dari 7 kumpulan terbaik untuk ke pusingan kedua.
.
.
Wakil dari PTE Meragang
.
.
Jangan sampai kena tali !!
.



.
Di pusingan terakhir yang melibatkan 3 kumpulan terbaik, tugasan menghendaki para finalis menghabiskan makanan dalam pinggan, menyiat kulit sotong, memakan kaki ayam dan mencari benda dalam bekas. SMALHB yang diwakili oleh Mohd Haris, Mohd Fakhrul Amirin dan NorAzriah memperolehi tempat ketiga terbaik keseluruhan.
.
.
Tahniah diucapkan khasnya kepada yang berjaya dan secara amnya buat semua wakil SMALHB dan PTEM kerana kejayaan menganjurkan aktiviti berfaedah seperti ini serta memeriahkan acara-acara yang telah tersusun.
.
.
Johan Extreme Challenge tahun ini bersama-sama Presiden Kelab Kembara PTEM
.
.
PTEM & SMALHB~
.