Sabtu, April 09, 2011

LAWATAN KERJA PEGAWAI TINGGI KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Pada Sabtu lalu,9 April 2011 serombongan 22 orang pegawai tinggi Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim telah membuat lawatan ke SMALHB.Rombongan diketuai oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor ,Yang Berhormat Dato' Haji Nooh bin Gadot.Turut serta dalam rombongan ini ialah Mufti Negeri Johor,Yang Berbahagia Dato' Haji M.Tahrir bin Dato' Haji Samsuddin.Di antara tujuan lawatan rombongan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahmi di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Johor Darul Takzim dan membuat perbincangan dua hala dengan Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah sambil mengadakan lawatan ke institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam.









Khamis, Mac 31, 2011

SEMINAR ANTARABANGSA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

SMALHB telah menghantar sebahagian komunitinya terdiri daripada beberapa orang Guru dan Pelajar Usuluddin bagi menghadiri Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Wal- Jamaah di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seminar antarabangsa itu telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula daripada 29 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011.


Seminar antarabangsa ini telah dirasmikan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Seminar anjuran Pusat Dakwah Islamiyah ini adalah bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhannya(1985- 2011).Antara fakta yang menarik adalah pembentang Kertas Kerja Seminar adalah terdiri daripada Ulama-Ulama dan Ilmuan-Ilmuan dalam dan luar negara seperti Malaysia,Syria dan Saudi Arabia.


Yang berhormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned antara salah seorang pembentang Kertas Kerja Seminar dari dalam negeri.

Profesor Muhammad Said Ramadhan Al- Bouty merupakan antara pembentang Kertas Kerja dari luar negeri dalam Seminar ini.

Antara pelajar-pelajar SMALHB yang telah hadir di Seminar tersebut.

Kekhusyukan dalam mendengar seminar dikalangan guru-guru SMALHB.

Setiap peserta telah mendapat cenderhati dari pihak penganjur berupa CD Kertas Kerja pembentangan di hari terakhir seminar.

Wakil warga SMALHB yang telah hadir sempat mengambil gambar kenangan bersama.

Khamis, Mac 17, 2011

CERAMAH SEMPENA HARI KEBANGSAAN NBD KE -27.


Khamis, 17 Mac 2011 satu lagi ceramah bertemakan kerohanian telah diadakan di Dewan Besar SMALHB Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 sekaligus merupakan aktiviti terakhir sebelum cuti persekolahan penggal pertama.


Acara yang bermula pada jam 8 pagi itu telah dimulai dengan persembahan
nyanyian patriotik oleh Pelajar Tahun Rendah.



Ceramah yang bertajuk ' Nabi Muhammad S.A.W Rahmat sekalian alam' itu telah dipengerusikan oleh Awang Sawardi bin Haji Mahadi(pelajar PRA U II).Sementara ahli panel terdiri daripada Yang Mulia Ustaz Haji Jofri Bin Hj Hidup,penceramah undangan daripada Pusat Dakwah Islamiah,KHEU dan yang Mulia Ustaz Haji Saharuddin bin Hj Petra, Timbalan Pengetua Akademik, SMALHB.



Acara seterusnya diikuti dengan bacaan dikir beramai-ramai bagi mendapat keberkatan sekaligus memeriahkan majlis yang dijalankan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,hadiah cenderhati telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Pg Hj Asmadi Bin Pg Hj Aliuddin dipenghujung acara.Dan majlis berakhir dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ak Hj Wafiuddin Bin Pg Hj Zulkarnain.