Rabu, Jun 02, 2010

Rentas Desa & Pembukaan Sukan Tahunan Meriah

Rentas Desa & Pembukaan Minggu Sukan Tahunan
29hb Mei 2010M - Sabtu
SMALHB.
.
Bahang Minggu Sukan Tahunan terasa lagi dengan perasmiannya diselajurkan dengan Rentas Desa oleh Pengetua SMALHB, U. Hajah Asmah binti Haji Randah. Sebanyak 4 buah rumah sukan ( Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi, Khaleed bin Waleed dan Hamzah bin Abd Mutalib ) berentap dengan semangat kesukanan untuk merebut gelaran juara sukan bagi sesi akademik tahun ini.
.




.
Johan Rentas Desa kategori penuntut lelaki, Md Hafizuddin bin Md Yussof
.
.
Johan Rentas Desa bagi kategori penuntut perempuan, Nur Intan Aqilah binti Abd Razak
.



.
Johan Rentas Desa bagi kategori Pegawai/Guru Lelaki
.


.
Sementara itu, pada sebelah petang bermula beberapa acara padang iaitu Lontar Lembing dan Buang Peluru
.


Isnin, Mei 31, 2010

SMALHB di Karnival Sungai Matan

SMALHB di Karnival Sungai Matan
29hb Mei 2010M - Sabtu
Kg. Sungai Matan, BSB
.
Sejumlah mantan Persatuan Kebajikan Penuntut SMALHB 2009/2010M beserta beberapa guru hadir memeriahkan Karnival Sungai Matan baru-baru ini. Karnival Matan 2010 ini merupakan aktiviti kali ke 4 dianjurkan oleh AJK Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan, Mukim Batu Batu.
.

.
Antara tujuan Karnival Matan ini adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan Kampong Sungai Matan sebagai "Eko-Pelancongan Fishing Village", menjana perekonomian dan meningkatkan lagi hasil penduduk kampong melalui perniagaan kecil-kecilan dan sebagai satu usaha mempromosikan projek Kenali Negara Kita (KNK)
.
.
Antara aktiviti yang disertai SMALHB ialah melawat Pulau Cermin dan "Fish Breeding Farm".
.



.
U. Hjh Nordiana berlatar belakangkan sebahagian Pulau Cermin.
.

Sabtu, Mei 22, 2010

SMALHB Sertai Projek Gelombang Hijau "Greenwave"

SMALHB Sertai "The Green Wave Project"
22hb Mei 2010m - Sabtu
SMALHB
.
Seramai lebih kurang 40 orang penuntut-penuntut Pra-U I yang terdiri daripada Ahli Kelab Tenaga SMALHB ikut serta kempen global penanaman anak-anak pokok secara serentak di seluruh dunia di bawah projek yang dikenali sebagai Projek Gelombang Hijau "The Green Wave Project"
.
Hadir menjadi tetamu kehormat di majlis itu ialah dua orang pegawai dari Jabatan Perhutanan, Haji Masri dan Mohd Zukrina.
.
.
Anak pokok Casuarina Nobilis yang ditaja khas dalam projek tepat pada tarikh 22hb Mei yang diisytiharkan sebagai Hari Biodiversiti Antarabangsa.
.
.
Antara tujuan projek ini adalah secara langsung akan mendidik serta memupuk rasa kesedaran dan kefahaman kepada sejagat akan kepentingan kehijauan dan hutan untuk dipelihara dan diurus secara lestari.
.
.
Presiden Kelab Tenaga SMALHB 2010M, Mohd Khairul Azamain bin Norzelan memberikan sedikit taklimat tentang projek sejagat ini.
.
.
Tepat jam 10 pagi waktu tempatan, seluruh dunia menanam pokok yang menjadi simbol sokongan dan dokongan terhadap usaha United Nation Convention On Biological Diversity (CBD)
.
.
Timbalan Pengetua Akademik berkesudian menanam seterusnya menyiram anak pokok yang ditaja khas oleh pihak HSBC
.
.
Untuk maklumat lebih lanjut, pengunjung bolehlah melayari laman web :
.
http://greenwave.cbd.int/en/home
.
dan SMALHB adalah salah sebuah sekolah di seluruh dunia yang telah mendaftar menyahut kempen ini.
.


Rabu, Mei 19, 2010

Arab Saudi Menghulurkan ABM Kepada SMALHB

Penyerahan Buku-Buku Dan Cakera-Cakera Padat Ilmiah
Tempat : Pejabat Kedutaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam
18hb Mei 2009M - Selasa
.
Kerajaan Arab Saudi melalui Kedutaan Arab Saudi di Brunei Darussalam berkesudian menyerahkan alat-alat bantu dalam pengajaran kepada SMALHB berupa Cakera-cakera Padat (CD) dan salinan-salinan kitab-kitab ilmiah untuk diguna pakai serta menjadi bahan rujukan di SMALHB.
.
Majlis berlangsung di Pejabat Kedutaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam
.

.
Hadir di majlis penyerahan tersebut ialah U. Haji Saharuddin Haji Patra (Timbalan Pengetua Akademik), U. Hajah Hamidah Haji Abd Rahman (Timbalan Pengetua Pentadbiran), U. Dk. Hajah Radiah Haji Tahir (Guru Kanan Akademik) dan U. Zaghloul (Guru mata pelajaran Balaghah).
.
.
Mohammad JA Hashim, Pegawai Kedutaan Arab Saudi menyerahkan bahan-bahan rujukan ilmiah kepada Timbalan Pengetua Akademik.
.