Ahad, Mac 21, 2010

Senam Robik & 3K

Aktiviti 3K SMALHB
17hb Mac 2010M - Rabu
.
Akal dan badan yang sihat lazimnya dibantu oleh persekitaran yang bersih dan indah untuk pertumbuhan yang stabil. Oleh itu, unit 3K di bawah Bahagian Pentadbiran 2 SMALHB sekali lagi menyusun acara 3K sebelum cuti penggal persekolahan bermula.
.
Pemangku Pengetua dalam ucapannya turut memberikan kata-kata nasihat kepada penuntut-penuntut khasnya.
.
.
Steady C. Hj Aji jadi instructor senam robik~ !! mantap
.

.
Haa~otot-otot perlu dilonggarkan sebelum menanam bunga~
.
.
Aik!! napa Hafizah lain dari yang lain aerobic nya ani ? hehe
.
.
Guru-guru perempuan juga tidak ketinggalan ikut serta
.


.
Rajin teacher atu eh...
.






Rabu, Mac 17, 2010

Indoor Games Selepas Ujian Bulanan

Indoor Games
16hb Mac 2010M
Dewan SMALHB
.
Satu aktiviti permainan dalam (Indoor Games) kelolaan Ko-Kurikulum SMALHB di bawah penyelarasan Unit Akli dan Jasmani khas untuk penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas telah berlangsung selepas selesai minggu ujian bulanan.
.
.
Antara permainan sepanjang satu hari perlawanan termasuklah Congkak, Harry Potter, Scrabble, Dam, Komputer, Catur, Pingpong dan bermacam-macam lagi.
.







.
"Jangan Pandang Belakang Congkak...."
.







Rabu, Mac 10, 2010

SMALHB di Perhimpunan Khas Wanita

Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Tempat : Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC)
8hb Mac 2010M - Isnin
.
Foto & Teks : NorAzriah binti Haji Abd Aziz
.
Alunan dikir pelajar-pelajar SMALHB bergema memenuhi Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) sejurus keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam peringkat negara bagi tahun 1431H.
.
.
Majlis turut diserikan dengan nadwah khas (forum) bertajuk "Wanita Beriman Tonggak Keselamatan Negara". Acara kemuncak pada pagi tersebut adalah penganugerahan Tokoh bakti Hijrah Khas Wanita bagi beberapa orang penerima.
.
.
Kumpulan Dikir SMALHB seramai 30 orang terdiri dari penuntut-penuntut Pra-U I
.
.
Doa selamat sebagai penutup tirai majlis disusuli dengan dikir oleh penuntut-penuntut SMALHB bagi mengiringi keberangkatan pulang KDYMM Baginda Raja Isteri meninggalkan majlis dan ahli-ahli Kerabat DiRaja.
.

Musim Ujian Bulanan

Ujian Bulanan bagi penuntut-penuntut Tingkatan Enam Atas sesi akademik 2010M bermula pada :
.
4hb Mac dan 6 Mac 2010M - Syafawi Al-Quran
.
8hb Mac hingga 15 Mac 2010M - Tahriri
.
SMALHB mengucapkan semoga berjaya dengan meraih keputusan yang cemerlang.