Rabu, November 25, 2009

Menandatangani Rekod Kemajuan Penuntut

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Penuntut
24hb November 2009M - Selasa
Dewan Besar SMALHB
.
Selepas menduduki peperiksaan akhir tahun dan juga pelbagai aktiviti sepanjang bulan November yang lalu, maka rasminya keputusan peperiksaan telah dikeluarkan pada 24hb November 2009M dengan disahkan oleh Pemangku Pengetua. Para penuntut berdebar untuk mengetahui keputusan penuh yang dirahsiakan sepanjang awal hingga pertengahan November lalu. Seperti tahun yang sudah, sistem peperiksaan baru yang diperkenalkan adalah berupa sistem menggunakan gred dan bukan mengikut peratus lulus.
.
.
Antara ibu bapa / penjaga yang hadir untuk mengetahui pencapaian dan kemajuan anak-anak mereka sepanjang tahun 2009M
.


.
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya dan kepada mereka yang kurang bernasib baik, pihak SMALHB akan terus memberikan sokongan padu supaya terus cekal dan berusaha lebih giat di masa akan datang.

Selasa, November 24, 2009

Hiking Di Bukit Mentiri

Mendaki Bukit Kampong Mentiri
dan
Bertahlil di Rumah Pengetua
21hb November 2009M - Sabtu
8.00 pagi hingga 12 Tengahari
.
Ko-Kurikulum SMALHB terus mengadakan aktiviti riadah di luar kawasan sekolah dengan menganjurkan program mendaki Bukit Kampong Mentiri di Brunei Muara. Acara dimulakan dengan "warming up" memanaskan badan sebelum pendakian bermula.
.



.
Berlatar-belakangkan kawasan penyimpanan air bersih Mengkabau yang juga terletak di atas bukit.
.
.
Lalah dah biskita.. ? hehe...inda jauh tu...
.

.
Selepas program mendaki bukit, warga SMALHB dijemput ke rumah Pengetua SMALHB di Kampong Mentiri bagi sama-sama menghadiahkan bacaan tahlil seterusnya menjamu selera.
.

SMALHB Raih Naib Johan Dan Ketiga Melukis Poster STEP

Pertandingan Mencipta Poster 2009
Anjuran : Pusat Kerjasama Sains Teknologi (STEP) dan Alam Sekitar,
Kementerian Pendidikan
Tempat : Yayasan SHHB
20hb November 2009M - Jumaat
.
Seramai 24 orang peserta dari 3 kategori menerima hadiah dan sijil masing-masing di Pertandingan Mencipta Poster 2009M bertemakan " Ke arah Penghijauan Brunei ". SMALHB yang telah menghantar 3 penyertaan melalui kategori C yang terbuka kepada sekolah menengah, pra-universiti, vokasional dan teknikal tidak pulang dengan tangan kosong di mana penyertaan dari Mohd Baihaqi bin Bidin meraih naib johan dan Mohd Azizan bin Haji Maidin di tempat ketiga. Sementara Norhanani binti Haji Abd Wahab mendapat hadiah sagu hati.
.
.
Poster penyertaan Norhanani binti Haji Abd Wahab
.
.
Poster yang meraih tempat ketiga dalam kategori yang sama
.
.
Mohd Baihaqi gembira merakamkan kenangan bersama-sama poster ciptaan beliau (bawah) yang melayakkan beliau menerima wang tunai, piala dan sijil penyertaan yang disampaikan ole Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan selaku Ketua Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Mohammad bin Haji Jambol.
.


.
Tahniah diucapkan kepada SMALHB termasuk mereka yang turut bersama-sama menyumbangkan sama ada berupa idea dan wang ringgit dalam pertandingan ini hingga memperolehi kejayaan berganda.

Sabtu, November 21, 2009

Klinik Ummul Quran

Klinik Ummul Quran
Anjuran : Jabatan Al-Quran dan Amali SMALHB
19hb November 2009M - Khamis
.
Ummul Quran yang juga dikenali sebagai Surah Al-Fatihah merupakan satu-satu nya surah yang wajib dibaca ketika menunaikan solat. Sempurnanya solat individu itu juga bergantung kepada kesempurnaan bacaan surah yang mengandungi 7 ayat di dalam nya ini.
.
Bertitik-tolak dari kepentingannya, Jabatan Al-Quran dan Amali SMALHB telah mengundang 4 orang pegawai dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQ SHHB) membantu warga SMALHB menghalusi bacaan Al-Fatihah agar lebih sempurna.
.


.
Di akhir segmen, para pegawai dari ITQ SHHB memberikan komen dan teguran membina dari dapatan-dapatan sepanjang klinik memperdengarkan bacaan setiap warga SMALHB. Semoga usaha yang dilakukan ini akan terus membantu kesempurnaan kita semua dalam mendirikan ibadah seharian kita.
.