Ahad, September 13, 2009

Sumbangan Khas Ramadan Buat Pelajar Berkeperluan

Sumbangan Khas Kepada Pelajar-Pelajar Berkeperluan
Sempena Ramadan 1430H
11 September 2009M
Bilik Mesyuarat 1, SMALHB
.
Di samping acara-acara keagamaan seperti majlis bersungkai bersama para pelajar, tedarus dan terawih pada sepanjang bulan Ramadan, SMALHB juga tidak melupakan meraikan warga pelajar-pelajar yang berkeperluan. Di atas inisiatif Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekolah, satu majlis sederhana iaitu sumbangan khas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas yang berkenaan diadakan di bilik mesyuarat 1.
.

.
12 orang pelajar-pelajar yang bekeperluan dari Tingkatan 6 Atas hadir di majlis sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Pemangku Pengetua SMALHB hasil dari kutipan khas para pegawai, guru dan tabung kebajikan guru-guru SMALHB.
.









.
Majlis diakhiri dengan doa selamat oleh Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Haji Saharuddin bin Haji Patra.
.
.
Semoga segala amalan yang ikhlas ini akan diberkati dan mendapat keredhaan dari Allah SWT jua. Amin~

Selasa, September 08, 2009

4 Pelajar SMALHB Melanjutkan Pelajaran Ke UK

4 Pelajar SMALHB Tingkatan 6 Bawah Ke UK
7hb September & 11hb September 2009M
Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas
Bertolak jam 8.55 malam
.

4 orang pelajar terpilih melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level dan seterusnya ke universiti di United Kingdom melalui skim khas biasiswa. Mereka yang berangkat ke UK pada 7hb September lalu ialah Dayang Hanina binti Haji Talip yang akan mengambil jurusan Mathematics, Pyschology, Biology dan Physics. Manakala seorang lagi ialah Dayang Nur Hidayatul Nazurah binti Haji Sulaiman yang mengambil jurusan Physisc, Mathematics, Further Mathematics dan Chemistry.
.

Nur Hidayatul Nazurah (kiri) bersama keluarga sebelum masuk ke dewan perpisahan
.

.
Hanina binti Haji Talip (tengah) mengabadikan potret sekeluarga khas untuk blog SMALHB
.

.
Antara sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang turut hadir mengucapkan selamat belayar
.
.
Putri Norizah, salah seorang rakan Hanina juga berada di lapangan terbang malam itu
.

.
2 orang lagi pelajar berlepas ke UK pada 11hb September 2009M lalu ialah Dayang Nur 'Atiqah binti Haji Abu Bakar (mengambil jurusan Mahtematics, Chemistry, Physisc dan Psychology) dan Dayang Zuhairah Ainee binti Haji Ahmad (English, English Literature, Mathematics dan Psychology).


.
Berat hati meninggalkan rakan-rakan seperjuangan..
.
.
SMALHB mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih memperolehi biasiswa melanjutkan pelajaran dan mudah-mudahan kembali dengan kejayaan yang gemilang.

Isnin, September 07, 2009

Sambutan Mengingati Nuzul Al-Quran 1430H

Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara 1430H
6hb September - 17 Ramadan 1430H
Ahad
Pusat Persidangan Antarabangsa, ICC, Berakas
.




.
Ketibaan KDYMM beserta kerabat-kerabat DiRaja pada jam 9.50 malam disambut dengan paluan hadrah dari pelajar-pelajar SMALHB.
.
.
KDYMM dijunjung oleh Menteri HEU dan para pembesar negeri ke Dewan Plenary, ICC.
.


.
Selain acara tahunan iaitu penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran mengikut kategori, Brunei Darussalam turut melakar lagi satu sejarah apabila Mushaf Brunei Darussalam dengan terjemahannya dirasmikan sendiri oleh KDYMM di majlis tersebut.
.


Khamis, September 03, 2009

Bersungkai Bersama JPI

Majlis Membaca Yassin, Tahlil dan Bersungkai Bersama JPI
2hb September 2009M
Surau SMALHB / Dewan Makan SMALHB
.
Seperti tahun sebelumnya, warga Jabatan Pengajian Islam (JPI) mengungkayahkan aktiviti bersungkai bersama-sama sekolah-sekolah arab yang bernaung di bawahnya sebagai satu langkah mengenali lagi para pelajar dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua-dua pihak.
.
.
Pengarah JPI, Ustaz Haji Ismail bin Manaf beserta rombongan
.

.
Majlis bermula sekitar jam 5.45 petang dengan dimulakan dengan bacaan Surah Yassin disusuli dengan Tahlil, Doa Tahlil dan Doa Tolak Bala oleh para pelajar SMALHB.
.
.
Antara jemaah perempuan dari rombongan JPI dan warga SMALHB yang turut memakmurkan majlis pada petang itu.
.





.
Setelah bersungkai dan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, semua hadirin dijemput ke dewan makan SMALHB menikmati jamuan.
.




.
Timbalan Pengarah JPI, Ustazah Hajah Fatimah binti Haji Abd. Ghani adalah antara rombongan JPI yang berkunjung di majlis tersebut.
.



.
" Makanannya sodap lah, Thumbs up !! " ujar U. Haidi
.



.
setelah selesai menikmati jamuan, warga SMALHB meneruskan acaranya iaitu Sembahyang Fardhu Isyak, Terawih dan Witir bersama-sama di Surau SMALHB.