Ahad, Februari 22, 2009

Bendera Gergasi Jubli Perak SMALHB

Bendera Jubli Perak
dihasilkan : 20hb Februari - 21hb Februari
.
Demi menyemarakkan lagi sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Brunei Darussalam, pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah mencipta inovasi berupa bendera gergasi jubli perak bagi sama-sama memeriahkan semangat patriotik bernegara. Bendera yang diperbuat dari 600 keping cakera padat (CD) terpakai ini difahamkan adalah bendera kreatif yang terpanjang yang pernah dibuat di mana-mana sekolah di negara ini iaitu sepanjang 20 kaki.
.
.
.
" Kreatif bisdurang ani menyulam-nyulam...bulih membuka kadai jahit lapas ani.. "
.
Bendera jubli perak ini mengambil masa kira-kira 2 hari untuk disiapkan dan dipasang di hadapan pagar sekolah berhadapan dengan jalan utama yang menuju ke Istana Nurul Iman
.


Sementara itu, satu sepanduk bertemakan " Kedewasaan Bernegara " juga dibuat oleh para pelajar dan dipasang bersebelahan dengan bendera jubli perak.
.








Pada pagi Hari Ahad, 22hb Februari 2009M, beberapa krew RTB telah membuat rakaman dan liputan serta menemuramah beberapa orang pegawai pelajaran yang bertugas di SMALHB berkenaan dengan hasil kreatif ini.
.

Guru Kanan Ko-Kurikulum adalah antara pegawai pelajaran yang ditemubual.
.

Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar juga sempat ditemuramah oleh pihak RTB dan menjelaskan idea penghasilan bendera gergasi ini. .



Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 6 Bawah di atas kreativiti dan inovasi yang indah ini hingga menarik minat pihak RTB untuk membuat liputan dan juga orang ramai yang melintas di kawasan jalan utama ini.


Sabtu, Februari 21, 2009

Latihan Penuh Hari Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Latihan Penuh Hari Kebangsaan ke 25
Stadium Hassanal Bolkiah
.
Bermula pada 16hb Februari yang lalu hingga kelmarin, 21hb Februari 2009M, latihan penuh acara perbarisan lalu dan persembahan padang diadakan di stadium utama, Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Pelajar-pelajar SMALHB beserta pasukan-pasukan yang lain dari seluruh daerah turut membanjiri perkarangan stadium sedari jam 7.30 pagi.
.
.
.

" Sempat posing sebelum masuk ke stadium... "
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Para pelajar berehat di tempat yang telah disediakan selepas acara perbarisan untuk menyaksikan persembahan padang.
.
.
" Khusyuk nampak ? ....atau sebab ada cameraman ? hehe..apapun jua, syabas diucapkan atas kerjasama sepanjang latihan penuh berlangsung.. "
.
Wajah-wajah ceria walaupun cuaca agak panas berlatar-belakangkan persembahan padang yang sedang berjalan
.
" It's makan time.....antara guru-guru pengawas bahagian permakanan dan keselamatan pelajar sepanjang latihan.. "
.

Sabtu, Februari 14, 2009

Latihan Hari Kebangsaan Kali Ke 25

Latihan Perbarisan Lalu Hari Kebangsaan
bermula 9hb Februari 2009M

Selepas lebih kurang seminggu kemasukan pelajar-pelajar baru ke SMALHB, latihan perbarisan lalu sempena Hari Kebangsaan ke 25 diadakan di kawasan sekolah. Latihan yang dibimbing oleh beberapa pegawai dari Jabatan Penjara ini bermula sekitar jam 8.30 pagi hingga jam 10 pagi setiap hari.
.
Warming up sebelum latihan...
.



" Baris....Pandang...Kanan!!.."
.
"Lepas graduate..boleh ramai-ramai apply jadi Pegawai berUniform..."
.


Jumaat, Februari 13, 2009

Jerayawara Menghafaz Ayat-ayat Suci Al-Quran Dan Surah-surah Pilihan di Institut Tahfiz SHHB

7hb Februari 2009M
Sabtu
8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Satu Jerayawara Menghafaz Ayat-ayat Suci Al-Quran telah diadakan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHB) dan SMALHB telah diundang menghadiri sama-sama memeriahkan jerayawara tersebut.
.

Ucapan dan taklimat pada pagi tersebut telah disampaikan oleh Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran, Ustaz Haji Abd. Rajid di dewan kuliah di Tingkat Satu, bangunan institut berkenaan. Turut bersama beliau ialah Timbalan Pengetua dan seorang tenaga pengajar Al-Quran.

.


Sejurus selepas taklimat, pelajar-pelajar SMALHB yang terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas dibawa melihat ke bilik-bilik pameran.
.