Rabu, November 24, 2010

SMALHB Johan Pidato Anjuran JPI

Pertandingan Pidato Dan Mari Bercerita Bahasa Arab
Anjuran : Jabatan Pengajian Islam
Tempat : Pusat Dakwah Islamiyyah
24hb November 2010M - Rabu
.
Dengan membawakan tajuk : "Wasiat Muhammad Semasa Khutbah Perpisahan" di dalam Bahasa Arab telah melayakkan SMALHB menjuarai Pertandingan Pidato Bahasa Arab bagi kategori B baru-baru ini. Pertandingan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Pg. Haji Bahrom bin Pg. Haji Bahar selaku tetamu kehormat turut berkesudian memberikan ucapan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori.
.
Tetamu Kehormat berucap di dalam majlis tersebut.
.
.
SMALHB diwakili oleh Hamizah binti Haji Mintir menjuarai pertandingan bagi kategori B dengan markah 88.5% dengan diikuti 79% dan 75% bagi penyandang tempat kedua dan ketiga dari Institut Tahfiz Al-Quran SHHB dan Ma'Had Islam Brunei.
.

.
Bagi sekolah-sekolah Arab tahun 5 dan 6, juga telah diadakan Pertandingan Mari Bercerita dalam Bahasa Arab dengan mengetengahkan 5 buah Sekolah Persediaan Arab seluruh negara.
.
Ma'Had Islam Brunei mencuit hati penonton dengan cerita 3 sahabat yang akrab
.
.
Juara Pertandingan Mari Bercerita disandang oleh Sekolah Persediaan Arab BSB dengan markah 91.5%
.
.
Walaupun Sekolah Arab Temburong baru pertama kali menyertai pertandingan Mari Bercerita ini, tetapi berjaya menambat hati para juri dan menjadi naib johan dengan markah 91% dengan cerita "Ular dan Harta Karun"
.
.
Sekolah Arab Jerudong dengan aksi bersahaja di tempat ketiga
.



.
Penyokong-penyokong SMALHB terdiri dari guru-guru pembimbing dan rakan-rakan Hamizah binti Haji Mintir gembira dengan kejayaan. SMALHB membawa pulang sebuah piala pusingan, 2 buah piala iringan, wang tunai dan sijil penghargaan.
.

Selasa, November 23, 2010

SMALHB Berjaya Ke Peringkat Akhir Menambang Syair

Pertandingan Menambang Syair Perlembagaan Brunei Kali Pertama
Kategori 'B' Pusat Tingkatan Enam
Anjuran : Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja
23hb November 2010M - Selasa
.
Dengan membawakan irama lagu Tambang Berhanyut, wakil SMALHB beserta 2 lagi peserta dari Maktab Duli PMAMB dan Pusat Tingkatan Enam Meragang berjaya melangkah ke peringkat akhir melengkapkan bagi kategori B yang akan berlangsung pada sabtu, 27hb November 2010M. Tahniah diucapkan kepada Hazwan bin Haji Salim dan guru pembimbing di atas kejayaan.
.
Wakil dari PTEM dengan lagu irama Si Mercu Gunung
.
.
Satu-satunya peserta tunggal lelaki dari SMALHB ketika membuat persembahan
.
.
Peserta dari Maktab Duli PMAMB dengan lagu irama Tambang Begawan
.

Isnin, November 22, 2010

Mini Sukan Ria SMALHB

Mini Sukan Ria
22hb November 2010M - Isnin
Kawasan Lapang SMALHB
.
Pelbagai acara menarik disediakan mengisi slot mini sukan kelolaan Penyelaras Jasmani seperti Big Foot Relay..Blind Walk..Lord Of The Rings dan lain-lain lagi bagi warga SMALHB. Penyertaan dari semua pihak termasuk para pelajar dan guru serta kakitangan sekolah begitu menggalakkan dan memeriahkan sepanjang aktiviti ini berlangsung. Sekalung apresiasi kepada semua ~
.
.
Kasut Raya nampak ?? hehe
.


.
Lari Berhalangan antara pelajar-pelajar perempuan
.
.
Di mana menempah kasut aaa ?
.

.
Laaa...lupa diet ni si awang ani sampai inda muat masuk..hehe
.

.
Kerani & kakitangan SMALHB yang lain turut sama berhibur
.





Sabtu, November 20, 2010

Sihat Ceria Warga SMALHB

Sihat Ceria 3K
Anjuran : Penyelaras 3K SMALHB
20hb November 2010M - Sabtu
.
Mengamalkan hidup yang bersih, sihat dan cantik adalah cermin keperibadian setiap individu. Bertolak dari matlamat itulah, SMALHB menyelitkan program sihat Ceria dalam aktiviti di akhir tahun 2010M ini sebagai kesinambungan dari projek 3K yang dibuat pada setiap penggal.
.
Mengumpulkan kertas-kertas lama untuk dihapuskan dan ditanam
.
.
Rajin anak-anak teruna SMALHB ani menghias dewan makan~
.


.
Selepas waktu rehat, program diteruskan di dalam dewan sekolah dengan aktiviti kuiz minda kelolaan Penyelaras 3K. Pelbagai acara dilaksanakan antaranya, meneka berat buah-buahan, menggubah bunga bagi lelaki dan menggubah sajadah.
.
Kan dibawa kemana nangka aaa ?
.

.
Walaupun pertama kali menggubah tapi juara kali aa...hehe
.

.
Saha penuh prihatin dan tawadduk menggubah..hehe
.


.
"Kalau sukses gubahan sajadah ani, nanti kitani buka kedai menghias barang hantaran kawin aa..cemana?"
.

.
Bunga Mawar gubahan Latifah & the gang~
.