Khamis, September 16, 2010

Pelajar SMALHB Boleh Mendalami Pengajian Islam Atau Bidang Umum

Lawatan Kerja Menteri Hal Ehwal Ugama Ke SMALHB
16hb September 2010M - Khamis
3.00 petang

Teks Dipetik Dari Pelita Brunei
.
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman menyatakan, penetapan pelajar di Sekolah Arab mengambil Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan 'O' Level adalah tepat dan selepas itu para pelajar boleh memilih sama ada mendalami pengajian Islam menjadi ulama atau meneruskan ke bidang umum.
.
.

Menyatakan perkara tersebut semasa lawatan kerja ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Jalan Tutong, bagaimana pun berkata mereka semuanya telah memperolehi pendidikan ugama yang mencukupi secara amali dan praktik yang memiliki bahasa Arab dan memiliki pandangan dan pegangan yang kukuh terhadap ajaran Islam menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
.
Sayangnya jelasnya, ia tidak digilap sejak dahulu dan hanya sekarang baru benar-benar kita sedar untuk menggilapnya.
.
Jadi tambahnya, usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama supaya pelajar-pelajar mengikuti pelbagai jurusan di peringkat pengajian tinggi di dalam dan luar negara adalah usaha berkebajikan diatas landasan yang dikehendaki.
.
Tinggal lagi usaha sekarang ialah untuk mengukuhkan atau 'strenghten' dalam semua aspek seperti prasarana, akademik, kurikulum, tenaga pengajar, disiplin dan sebagainya.
.
Sementara itu, Pengetua SMALHB, Dayang Hajah Asmah binti Haji Randah dalam kata alu-aluannya menjelaskan mengenai pencapaian kecemerlangan penuntut SMALHB dalam bidang akademik yang mana telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Peperiksaan GCE 'A' Level dan pelajar-pelajar yang telah melanjutkan pelajaran mengikut bidang yang diceburi di peringkat universiti dalam dan luar negeri.
.
Lawatan kerja itu juga disertai, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam (JPI) serta Pegawai-pegawai Kanan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Selasa, Ogos 31, 2010

Majlis Tedarus & Khatam Quran Sempena Ramadan

Majlis Tedarus & Khatam Quran Sempena Ramadan 1431H
di Jame' Asr Hassanail Bolkiah, Kiarong
31hb Ogos 2010M - Selasa
.
Sebelum Penggal Persekolahan Ketiga dan Cuti Khas Hari Raya menjengah, SMALHB melalui bahagian Ko-Kurikulum dan Kelab Syababul Quran mengungkayahkan satu majlis Khatam Quran bagi semua pegawai, guru dan penuntut Pra-U I yang bertempat di Jame' Asr Hassanil Bolkiah, di ibu negara.
.
.
Acara bermula kira-kira 8.30 pagi itu dimulakan dengan Tedarus beramai-ramai mengikut pembahagian yang telah ditetapkan.
.


.
SMALHB juga berbesar hati di atas kesudian beberapa orang ahli dari Kumpulan AnNida yang meluangkan masa menerima jemputan SMALHB pada pagi yang mubarak tersebut.
.

.
Acara diakhiri dengan takhtim, marhaban dan pembahagian bunga-bunga telor serta majlis bersalam-salaman bersama semua warga SMALHB
.




Rabu, Ogos 25, 2010

Bersungkai Bersama JPI

Majlis Bersungkai SMALHB bersama Warga JPI
25hb Ogos 2010M - Rabu
SMALHB
.
Sebagaimana kelaziman setiap kali Ramadan, Jabatan Pengajian Islam berkunjung ke sekolah-sekolah arab bagi sama-sama memeriahkan Ramadan dan merapatkan lagi jambatan silaturrahmi antara jabatan dengan warga sekolah.
.
25hb Ogos merupakan giliran SMALHB dikunjungi oleh pihak JPI
.

.
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ak. Haji Mohd Wafiuddin bin Pg Haji Zulkarnain
.
.
Mini Forum dari wakil-wakil Majlis Pelajar SMALHB antara perisian sebelum menjelang sungkai
.
.
Acara diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada beberapa orang penuntut berkeperluan khas sebelum membaca Yassin dan Tahlil dihadiahkan kepada bekas-bekas pengajar dan warga SMALHB yang telah kembali kerahmatullah
.






Jumaat, Ogos 20, 2010

Musabaqah Hifzul Quran Dan Tausyeh Sempena Ramadan

Musabaqah Hifzul Quran
Dan
Tausyeh Pra-Uni I Sempena Ramadan 1431H
19hb Ogos 2010M - Khamis
Dewan SMALHB
.
Pertandingan julung-julung kali diadakan gabungan Majlis Pelajar 2010/11 dan Syababul Quran, Ko-Kurikulum ini antara lain berhasrat sebagai menghidupkan lagi aktiviti-aktiviti keagamaan pada Bulan Ramadan disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan di pertandingan-pertandingan lain.
.
Seramai 18 orang peserta Hifzul Quran terdiri dari penuntut-penuntut lelaki dan 9 pasukan perempuan bagi Tausyeh menyertai musabaqah yang dihadiri oleh Timbalan Pengetua Akademik, pegawai-pegawai dan guru-guru serta penuntut-penuntut.
.
Johan Hifzul Quran (Surah Al-Ahzab) dengan mendapat markah 97% disandang oleh Ak. Haji Mohd Wafiuddin bin Pg Haji Zulkarnain
.


.
Hakim-hakim sepanjang Musabaqah Hifzul Quran
.
.
Sementara itu, Kumpulan dari Pra-Uni I Zabarjadi berjaya memikat hati juri dengan memenangi kategori Tausyeh mengenepikan 8 pasukan yang lain yang berentap pada pagi tersebut.
.