Khamis, September 16, 2010

Pelajar SMALHB Boleh Mendalami Pengajian Islam Atau Bidang Umum

Lawatan Kerja Menteri Hal Ehwal Ugama Ke SMALHB
16hb September 2010M - Khamis
3.00 petang

Teks Dipetik Dari Pelita Brunei
.
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman menyatakan, penetapan pelajar di Sekolah Arab mengambil Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan 'O' Level adalah tepat dan selepas itu para pelajar boleh memilih sama ada mendalami pengajian Islam menjadi ulama atau meneruskan ke bidang umum.
.
.

Menyatakan perkara tersebut semasa lawatan kerja ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Jalan Tutong, bagaimana pun berkata mereka semuanya telah memperolehi pendidikan ugama yang mencukupi secara amali dan praktik yang memiliki bahasa Arab dan memiliki pandangan dan pegangan yang kukuh terhadap ajaran Islam menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
.
Sayangnya jelasnya, ia tidak digilap sejak dahulu dan hanya sekarang baru benar-benar kita sedar untuk menggilapnya.
.
Jadi tambahnya, usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama supaya pelajar-pelajar mengikuti pelbagai jurusan di peringkat pengajian tinggi di dalam dan luar negara adalah usaha berkebajikan diatas landasan yang dikehendaki.
.
Tinggal lagi usaha sekarang ialah untuk mengukuhkan atau 'strenghten' dalam semua aspek seperti prasarana, akademik, kurikulum, tenaga pengajar, disiplin dan sebagainya.
.
Sementara itu, Pengetua SMALHB, Dayang Hajah Asmah binti Haji Randah dalam kata alu-aluannya menjelaskan mengenai pencapaian kecemerlangan penuntut SMALHB dalam bidang akademik yang mana telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Peperiksaan GCE 'A' Level dan pelajar-pelajar yang telah melanjutkan pelajaran mengikut bidang yang diceburi di peringkat universiti dalam dan luar negeri.
.
Lawatan kerja itu juga disertai, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam (JPI) serta Pegawai-pegawai Kanan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Tiada ulasan: