Sabtu, Ogos 14, 2010

Semoga Berjaya

Peperiksaan Lisan Al-Quran Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei
.
Bagi Penuntut-Penuntut Tingkatan Enam Atas adalah bermula pada :
.
14hb Ogos 2010M
.
SMALHB mendoakan semoga penuntut-penuntut SMALHB akan memperolehi kejayaan di dalam peperiksaan tersebut.

Selasa, Ogos 10, 2010

Sembahyang Hajat Dan Membaca Yassin

Sembahyang Hajat, Membaca Yassin dan Tahlil
Bagi Persiapan Penuntut-Penuntut Menjelang Peperiksaan Bersijil
10hb Ogos 2010M - Selasa
8.00 pagi
Tempat : Jame' Asr Hassanil Bolkiah
.
Sebagai usaha di samping persiapan penuntut menjelang Peperiksaan Bersijil STPUB dan 'A' Level bagi penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas dan Peperiksaan Bersijil Pra STPUB dan 'AS' Level bagi penuntut-penuntut Pra-U I, SMALHB mengadakan satu majlis memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata'la agar dipermudahkan dalam menempuhi peperiksaan-peperiksaan yang mendatang.
.

.
Sembahyang Hajat diimamkan oleh Imam Pg. Haji Haslin bin Pg. Haji Ali. Manakala Bacaan Surah Yassin dan Tahlil dipimpin oleh Mudim Haji Sapar bin Haji Ladi bersama-sama warga SMALHB dan para ahli keluarga penuntut yang hadir.
.






Penyampaian Hadiah Minggu Akademik

Majlis Penyampaian Hadiah Aktiviti
7hb Ogos 2010M - Sabtu
10.30 pagi
Dewan SMALHB
.
Satu Majlis Penyampaian Hadiah Aktiviti sempena "Minggu Akademik" telah pun berlangsung kelolaan jabatan-jabatan akademik SMALHB. Hadir memberikan ucapan di majlis tersebut ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, U. Hajah Hamidah binti Haji Abd. Rahman.
.
Beliau juga menasihatkan para penuntut agar lebih berusaha dengan gigih memandangkan peperiksaan bersijil semakin hampir.
.
.
Guru Kanan Pentadbiran I, Awg Haji Aji bin Hamdan berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan anjuran Jabatan-Jabatan Akademik SMALHB.
.



Ahad, Ogos 01, 2010

Al-Abqariyyun Raih Tempat Ketiga Dalam Zainul Quran

Pertandingan Zainul Quran Peringkat Akhir
1431H/2010M (Kali Ketiga)
1hb Ogos 2010M - Ahad
Jam 8.00 malam
Dewan Raya RTB
.
Pertandingan Zainul Quran yang merupakan pertandingan membaca Al-Quran secara berjemaah ini telah masuk usianya yang ketiga sebagai menjunjung hasrat KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara kita sebagai negara zikir dan Al-Quran disamping sebagai satu dakwah efektif menyebarkan bacaan Al-Quran dengan pelbagai cara.
.
Al-Abqariyyun, wakil SMALHB membawakan ayat 183 hingga 184 dari Surah Al-Baqarah
.
.
Hadir menjadi Tetamu Kehormat pada malam tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yussof bin Haji Ismail dan isteri seterusnya berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.
.


.
SMALHB dengan markah 87% memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut dengan membawa pulang wang tunai $1000 Brunei, Trofi dan Sijil Penyertaan.
.

.
Tahniah diucapkan kepada Al-Abqariyyun di atas kejayaan mengharumkan lagi nama sekolah dan meletakkan Al-Abqariyyun sebaris dengan peserta-peserta lain yang lebih senior pada malam tersebut.
.