Pertandingan Zainul Quran Peringkat Akhir
1431H/2010M (Kali Ketiga)
1hb Ogos 2010M - Ahad
Jam 8.00 malam
Dewan Raya RTB
.1431H/2010M (Kali Ketiga)
1hb Ogos 2010M - Ahad
Jam 8.00 malam
Dewan Raya RTB
Pertandingan Zainul Quran yang merupakan pertandingan membaca Al-Quran secara berjemaah ini telah masuk usianya yang ketiga sebagai menjunjung hasrat KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara kita sebagai negara zikir dan Al-Quran disamping sebagai satu dakwah efektif menyebarkan bacaan Al-Quran dengan pelbagai cara.
.Al-Abqariyyun, wakil SMALHB membawakan ayat 183 hingga 184 dari Surah Al-Baqarah
.Hadir menjadi Tetamu Kehormat pada malam tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yussof bin Haji Ismail dan isteri seterusnya berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.
.SMALHB dengan markah 87% memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut dengan membawa pulang wang tunai $1000 Brunei, Trofi dan Sijil Penyertaan.
.Tahniah diucapkan kepada Al-Abqariyyun di atas kejayaan mengharumkan lagi nama sekolah dan meletakkan Al-Abqariyyun sebaris dengan peserta-peserta lain yang lebih senior pada malam tersebut.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan