Isnin, Julai 05, 2010

Peperiksaan Kelayakan STPUB

SMALHB mengucapkan SELAMAT BERJAYA dan BITTAUFIK WANNAJAH kepada :
.
Semua penuntut-penuntut Tingkatan Enam Atas
.
dalam Peperiksaan Kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama
.
yang bermula pada :
.
5hb Julai 2010M hingga 21hb Julai 2010M

Sabtu, Julai 03, 2010

SMALHB Terima "Anugerah BerdayaTahan Menuju Hijau"

Persidangan Alam Sekitar Kebangsaan Kali ke 3
Tempat : Empire hotel & Country Club
1hb Julai 2010 - Khamis
.
Dengan membawa tema " Sustainability and Growth ; Can We Have Both ? " atau " Berdaya Tahan dan Pertumbuhan ; Mampukah Mencapai Kedua-duanya ", persidangan anjuran Aisa Inc. Forum ini berjaya menampilkan beberapa tokoh dan ketua pemikir dari dalam dan luar negara dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar serta pembangunan ekonomi berdaya tahan di negara ini.
.
"Jabatan-jabatan Kerajaan, masyarakat, peniaga dan orang ramai mestilah mengotakan apa yang dikata "walk the talk" ke arah mencapai "eko-efisien", tegas Menteri Pembangunan, Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dalam ucapannya.
.
.
Eko-efisien boleh dicapai melalui aktiviti harian seperti mengurangkan penggunaan beg plastik dengan menggunakan beg guna semula, penggunaan produk-produk dan peralatan-peralatan tenaga efisien dan sebagainya yang difikirkan wajar.
.



.
SMALHB melalui Kelab Tenaganya bersama-sama agensi-agensi lain turut membuat Pameran Hijau dengan mempersembahkan projek-projek hijau dan produk mesra alam bagi mendidik orang ramai mengenai pentingnya mengurangkan, guna semula dan kitar semula serta perubahan set minda ke arah pemulihan alam sekitar.
.
.
Menteri Pembangunan ketika melawat pameran dari Kelab Tenaga SMALHB
.

.
Antara bukti sokongan SMALHB terhadap senario alam sekitar dewasa ini dengan sama-sama turun padang menyertai aktiviti melukis dan mewarna poster bertemakan ke arah kehijauan.
.


.
Manakala pada sebelah petang bertempat di Teater Empire telah berlangsung penganugerahan beberapa anugerah kepada organisasi dan perseorangan di negara ini di atas inisiatif cemerlang dalam amalan-amalan alam sekitar berdayatahan.
.
.
Cikgu Saedah binti Haji Ismail bersama-sama Presiden dan Naib Presiden Kelab Tenaga SMALHB ketika dianugerahkan "Anugerah BerdayaTahan Menuju Hijau" bagi kategori sektor pendidikan.
.

.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Tenaga di atas kejayaan berganda. Kejayaan Kelab Tenaga ini adalah kejayaan berturut apabila pada tahun lepas kelab ini turut diiktiraf dengan Anugerah Contoh Inisiatif Bagi Kecekapan dan Penjimatan Tenaga bagi Sektor Bangunan Pendidikan.
.

Rabu, Jun 30, 2010

SMALHB Serikan Majlis Di Pusat Dakwah Islamiyyah

SMALHB Serikan Pertandingan Syarahan
Sekolah-Sekolah Ugama Peringkat Negara
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Kg Pulaie
29hb Jun 2010M - Selasa
.
Satu pertandingan Syarahan Ugama Bagi sekolah-sekolah rendah ugama Brunei peringkat akhir telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah. hadir menjadi tetamu kehormat majlis ialah yang Mulia, Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei.
.
.
Pertandingan antara lain berhasrat untuk mencungkil bakat para pelajar berhadapan di khalayak ramai dengan tampil dengan idea-idea bernas mengemukakan hujah yang jitu. Sebanyak 6 peserta terdiri dari pelajar-pelajar lelaki dan perempuan mengambil bahagian.
.


.
Majlis diserikan dengan persembahan tausyeh dari penuntut-penuntut SMALHB.
.




Isnin, Jun 28, 2010

Guru-Guru SMALHB Di Kejohanan Bola Jaring

Kejohanan Bola Jaring Piala Fatimah Az-Zahra
Anjuran Jabatan Pengajian Islam, KHEU
Tempat : Dewan Serbaguna UBD
.
Jabatan Pengajian Islam sekali lagi menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Piala Fatimah Az-Zahra antara pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan-kakitangan di bawah jabatan tersebut. SMALHB menghantar satu pasukan terdiri daripada guru-guru diketuai oleh U. Hajah Norasnida binti Haji Ramlee.
.



.
Walaupun wakil SMALHB tidak beroleh kejayaan namun semangat dan kerjasama yang dipamerkan sepanjang perlawanan tersebut harus mendapat pujian.
.