Sabtu, Jun 26, 2010

Bicarawara Falsafah Negara

Bicarawara Falsafah Negara (Melayu Islam Beraja)
Bersama Pelajar-Pelajar Pusat Tingkatan Enam Senegara
SMALHB & ITQSHHB
24hb Jun 2010M - Khamis
Dewan SMALHB
.
Satu Bicarawara Falsafah Negara anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, kelolaan bersama Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam telahpun berlangsung dengan jayanya di Dewan SMALHB.
.
.
Hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Yang Mulia U. Haji Ismail bin Haji Abd Manaf dan pegawai-pegawai dari Sekrerariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja.
.
.
"NILAI DAN NORMA BANGSA BRUNEI" dikupas oleh Pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam, Tuan Haji Rafee bin Haji Shahif mengetengahkan nilai-nilai dan norma positif bangsa Brunei yang perlu disemai dalam jati diri anak-anak Brunei walaupun dihambat dengan globalisasi yang bertali-arus.
.



.
Majlis diserikan dengan sebuah drama yang mencuit hati dan penuh mesej, "Satu Untuk Semua" dari mahasiswa-mahasiswi Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
.




.
Drama yang menggundang gelak-ketawa dan airmata penonton ini memberi pengajaran yang terlalu luas dan sebagai cermin masyarakat Brunei masa kini. Syabas kepada Mahasiswa-mahasiswi yang menjayakan drama "Satu Untuk Semua".
.
.
Segmen seterusnya, para pelajar SMALHB & Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) dibahagikan kepada 29 kumpulan untuk membuat perbincangan hasil dari drama yang dipertontonkan sebelum membuat perbentangan di Dewan SMALHB.
.



.
Pembentangan hasil dari drama "Satu Untuk Semua" dari beberapa kumpulan pelajar mengajak para penonton menilai sifat-sifat, nilai dan norma yang patut diteladani dan nilai-nilai yang mesti dijadikan sempadan.
.




Ahad, Jun 06, 2010

Tariq Bin Ziyad Juara !

Sukan Ria SMALHB 2010
3hb Jun 2010M - Khamis
Padang SMALHB
.
Rumah Kuning (Tariq bin Ziyad) menunjukkan taringnya sepanjang minggu sukan tahunan, rentas desa dan kemuncak pesta sukan ria yang berlangsung pada hari terakhir penggal persekolahan kedua yang lalu. Seperti sudah dijangka, Rumah Tariq bin Ziyad membolot kelima-lima trofi utama yang dipertandingkan. Sekalung apresiasi di atas semangat kesukanan dari keempat-empat buah rumah sukan dapat disaksikan dari persiapan rapi dekorasi yang berwarna-warni hingga ke akhir majlis penyampaian hadiah.
.
.
Ikrar dipimpin oleh Ketua Unit Sukan 2010M
.










.
Berkonsepkan ala-ala Puteri Arab dan Panglima Istana berjaya menawan hati para juri untuk memenangi trofi Rumah Terbaik
.
.
Pemenang bagi acara Kategori Pegawai & Guru
.



.
Orang Kuat SMALHB 2010 dimenangi dari Rumah Merah
.
.
Atlet terbaik Kategori Pegawai / Guru 2010
.
.
Atlet terbaik Kategori Pegawai / Guru 2010
.
.
Atlet terbaik Kategori Pelajar Lelaki 2010
.
.
Atlet terbaik Kategori Pelajar Perempuan 2010
.
.
Ketua Rumah Kuning menerima trofi kemenangan dari Timbalan Pengetua Akademik
.


.
Syabas diucapkan kepada Rumah Tariq bin Ziyad !!
.