Sabtu, Jun 26, 2010

Bicarawara Falsafah Negara

Bicarawara Falsafah Negara (Melayu Islam Beraja)
Bersama Pelajar-Pelajar Pusat Tingkatan Enam Senegara
SMALHB & ITQSHHB
24hb Jun 2010M - Khamis
Dewan SMALHB
.
Satu Bicarawara Falsafah Negara anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, kelolaan bersama Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam telahpun berlangsung dengan jayanya di Dewan SMALHB.
.
.
Hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Yang Mulia U. Haji Ismail bin Haji Abd Manaf dan pegawai-pegawai dari Sekrerariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja.
.
.
"NILAI DAN NORMA BANGSA BRUNEI" dikupas oleh Pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam, Tuan Haji Rafee bin Haji Shahif mengetengahkan nilai-nilai dan norma positif bangsa Brunei yang perlu disemai dalam jati diri anak-anak Brunei walaupun dihambat dengan globalisasi yang bertali-arus.
.



.
Majlis diserikan dengan sebuah drama yang mencuit hati dan penuh mesej, "Satu Untuk Semua" dari mahasiswa-mahasiswi Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
.




.
Drama yang menggundang gelak-ketawa dan airmata penonton ini memberi pengajaran yang terlalu luas dan sebagai cermin masyarakat Brunei masa kini. Syabas kepada Mahasiswa-mahasiswi yang menjayakan drama "Satu Untuk Semua".
.
.
Segmen seterusnya, para pelajar SMALHB & Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) dibahagikan kepada 29 kumpulan untuk membuat perbincangan hasil dari drama yang dipertontonkan sebelum membuat perbentangan di Dewan SMALHB.
.



.
Pembentangan hasil dari drama "Satu Untuk Semua" dari beberapa kumpulan pelajar mengajak para penonton menilai sifat-sifat, nilai dan norma yang patut diteladani dan nilai-nilai yang mesti dijadikan sempadan.
.




Tiada ulasan: