Selasa, April 20, 2010

Makluman Kepada Bakal-Bakal Graduan STPUB

Dimaklumkan kepada bakal-bakal penerima sijil
Peperiksaan SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI (STPUB)
untuk mengambil surat undangan :
.
Pada : 20hb April 2010M dan 21hb April 2010M
.
Masa : Pada waktu pejabat

Khamis, April 15, 2010

SMALHB Ke Final Pertandingan Hadrah

Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Senegara
(Peringkat saringan)
Tuan Rumah : STPRI
14hb April 2010M - Rabu
.
Seramai 19 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan yang mewakili sekolah-sekolah / maktab-maktab masing-masing di seluruh negara telah menyertai pertandingan di peringkat saringan yang bertempat di Auditorium (pasukan lelaki) dan di bilik persidangan (pasukan perempuan) di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) di ibu negara baru-baru ini.
.



.
Alhamdulillah, kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan SMALHB berjaya menempah tiket ke pertandingan akhir bersama-sama 5 buah pasukan lelaki lain dan 4 buah pasukan perempuan dan pasukan dari tuan rumah yang akan dijadualkan berlangsung pada 1hb Mei 2010M, sabtu depan.
.



Rabu, April 07, 2010

Bengkel Kepimpinan

Bengkel Kepimpinan oleh : Kapten Rosli bin Bujang Presiden Persatuan Kaunseling Senegara (PERKASE) 7hb April 2010 - Rabu SMALHB.
.
Satu bengkel kepimpinan telah mengambil tempat di SMALHB khas untuk Majlis Pelajar, Raid-Raidah dan PRS sesi 2010/2011 di bawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar SMALHB. Bengkel yang mengetengahkan sifat kepimpinan (leadership) dalam satu-satu organisasi melatih kecekapan para penuntut dalam membuat keputusan dan memimpin, membuat keputusan dan bertindak dalam kumpulannya.
.





.
Wahh~pening yerrr~~
.



.
Aying Bandung 3, Mee Mamak Pedas 4...wahh~mengorder sambil berdiri ni..
.
.
1, 2, 3, 4 ehem-ehem....
.


.
Bengkel selama sehari itu berakhir kira-kira pada jam 1 tengahari.dengan bergambar ramai bersama-sama kaunselor jemputan. Mudah-mudahan apa yang diperolehi daripada bengkel satu hari ini dapat memberi manfaat kepada para penuntut khas nya Majlis Pelajar, Raid-Raidah dan PRS dalam sama-sama membantu membentuk sifat kepimpinan yang jitu lagi mampan. .
.

Perlantikan Majlis Pelajar 2010/11 Meriah !

Perlantikan Majlis Pelajar, PRS, Raid dan Raidah 2010/2011
Tetamu Kehormat : Dato Paduka Awang Haji Ali bin Apong
Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri
6hb April 2010 - Selasa
SMALHB
.
Seramai 29 pelajar telah dilantik menjadi Majlis Pelajar 2010/2011, 18 pelajar dilantik menjadi Raid/Raidah dan 19 pelajar dilantik menjadi PRS SMALHB di majlis transformasi yang berlangsung di dewan SMALHB menggantikan Persatuan Kebajikan Penuntut (PKP) yang lalu.
.
.
"Saya penuh berharap dan berkeyakinan ahli-ahli majlis pelajar yang dilantik pada hari ini sudah setentunya mempunyai kualiti-kualiti kerohanian yang tinggi termasuk semangat cintakan agama, raja dan negara. Pelajar-pelajarlah nanti selaku pewaris kepada kepimpinan masa depan negara ini, dan maju dan mundurnya negara ini kelak terserah di atas kebijaksanaan pelajar-pelajar semua," jelas Dato Paduka dengan penuh harapan.
.
" Negara memerlukan pemimpin-pemimpin yang berpandangan jauh, berpendidikan dan memiliki kemahiran yang tinggi, kreatif, inovatif dan efektif yang menjadi pemangkin kepada kekuatan sumber tenaga manusia ke arah kecemerlangan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang maju, aman dan makmur".
.
.
Majlis diserikan dengan persembahan Tausyeh dari penuntut-penuntut Pra-U I lelaki.
.
.
Pada majlis tersebut tetamu kehormat majlis juga menyampaikan sijil penghargaan pada mantan/bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penuntut sesi 2009/2010 dan seterusnya menyerahkan surat lantikan kepada Majlis Pelajar sesi 2010/2011, Raid/Raidah dan PRS.
.
Salah seorang mantan Ahli Jawatankuasa PKP menerima sijil dari tetamu kehormat
.
.
Yang Dipertua Majlis Pelajar yang baru, Hazwan bin Haji Salim
.






.
Majlis penyerahan tugas dari mantan Yang Dipertua Penuntut kepada Yang Dipertua yang baru dilantik di hadapan pengetua.
.

.
Yang Dipertua Majlis Pelajar 2010/2011 ketika berucap melahirkan rasa syukur di atas kepercayaan pihak sekolah di atas mandat yang diberikan dan berusaha mengemudi Majlis Pelajar sejajar dengan aspirasi dan inspirasi yang dicita-citakan oleh SMALHB.
.
.
Lafaz ikrar oleh semua Majlis Pelajar, PRS, Raid dan Raidah
.
.
Persembahan kemuncak dari mantan-mantan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penuntut
.

.
Tetamu kehormat kemudiannya dipelawa meninjau galeri SMALHB yang mempamerkan aktiviti-aktivi para pelajar SMALHB serta ahli-ahli Majlis Pelajar sesi 2009/2010 dan menanam sepohon bunga sebagai tanda ingatan di Taman Therapeutik SMALHB.
.