Isnin, Januari 18, 2010

Persiapan Terakhir Menjelang Minggu Ta'aruf

Persiapan Sempena Majlis Pendaftaran Pelajar-Pelajar Pra-U I
18hb Januari 2010M
Isnin
.
Kurang dari 24 jam, SMALHB akan menerima keluarga baru berjumlah 150 orang penuntut-penuntut Pra-U I dengan sistem pembelajaran yang baru yang lebih efisien. Hari ini, warga SMALHB bertungkus-lumus menyiapkan persiapan terakhir sebelum menjelangnya hari pendaftaran pada esok pagi dan bermulalah Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim selama 3 hari sehingga 21hb Januari 2010M.
.
.
Para penuntut Tingkatan 6 Atas sama-sama turun padang membantu pihak pentadbiran dari segi kelengkapan, persembahan mahupun kebersihan kawasan sekolah. Para Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penuntut juga mengerah idea-idea dan tenaga bagi menjayakan beberapa program sepanjang 3 hari majlis ini bermula esok hari.
.


.
Latihan bagi acara dewan bermula jam 11 pagi dan disambung pada sebelah petang
.

Sabtu, Januari 16, 2010

Wawancara sempena Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahim

Rancangan Rampai Pagi akan menyiarkan siaran langsung wawancara bersama Ustaz Haji Saharuddin Bin Haji Patra, Timbalan Pengetua Akademik SMALHB, sempena Majlis Pendaftaran Bagi Pelajar Pra Universiti I, Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahim, yang akan disiarkan pada:

Tarikh: 17hb Januari 2010M / 1 Safar 1431H
Hari : Ahad
Jam: 8.00 Pagi

Kepada warga SMALHB khasnya dan orang ramai amnya, jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung ini untuk mengetahui lebih dekat lagi mengenai majlis yang akan diadakan pada 19hb hingga 21hb Januari ini nanti. Sekian sebagai kongsi sama.

Rabu, Januari 13, 2010

Struktur Guru-Guru Kanan SMALHB 2010M

Guru Kanan Pentadbiran 1
- Cikgu Awg Haji Aji bin Haji Hamdan
- Ustazah Marliani binti Awg Haji Damit
.
Guru Kanan Pentadbiran 2
- Ustaz Haji Mayadi bin Haji Ali
- Ustazah Hajah Azizah binti Haji Mohammad
.
Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar
- Ustaz Ak Haji Asmadi bin Pg Haji Aliuddin
- Cikgu Saedah binti Haji Ismail
.
Guru Kanan Disiplin
- Cikgu Haji Hasbi bin Haji Suhaili
- Ustazah Norainah binti Haji Jakir
.
Guru Kanan Akademik
- Ustazah Dk. Hajah Radiah binti Pg. Haji Tahir
- Ustazah Hajah Rafidah binti Haji Masri
.
Guru Kanan Ko-Kurikulum
- Ustaz Ak Mohd Shahrin bin Pg Haji Shamsuddin
- Ustaz Haidi Sewardi bin Haji Mohidi

Rabu, Januari 06, 2010

Surat Kemasukan & Kain Seragam SMALHB

Surat Kemasukan Penuntut-Penuntut Pra-U I
Dan
Penjualan Kain Seragam SMALHB
Bermula : 6hb Januari hingga 9hb Januari 2010M
Bilik Mesyuarat I
.
Selama 3 hari berturut-turut bermula dari 6hb Januari 2010M, bakal-bakal penuntut Pra-U I dikehendaki mengambil surat kemasukan ke SMALHB diselajurkan dengan pembayaran yuran (termasuk buku-buku tulis dan keperluan yang lain) serta pembelian kain seragam SMALHB baru di Bilik Mesyuarat I.
.

.
SMALHB bermula tahun ini memperkenalkan seragam baru bagi Pra-U I mengikut jurusan yang diambil oleh para penuntut. Tarikh kemasukan penuntut-penuntut baru ialah pada 19hb Januari 2010M ini.
.