Sabtu, November 21, 2009

Klinik Ummul Quran

Klinik Ummul Quran
Anjuran : Jabatan Al-Quran dan Amali SMALHB
19hb November 2009M - Khamis
.
Ummul Quran yang juga dikenali sebagai Surah Al-Fatihah merupakan satu-satu nya surah yang wajib dibaca ketika menunaikan solat. Sempurnanya solat individu itu juga bergantung kepada kesempurnaan bacaan surah yang mengandungi 7 ayat di dalam nya ini.
.
Bertitik-tolak dari kepentingannya, Jabatan Al-Quran dan Amali SMALHB telah mengundang 4 orang pegawai dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQ SHHB) membantu warga SMALHB menghalusi bacaan Al-Fatihah agar lebih sempurna.
.


.
Di akhir segmen, para pegawai dari ITQ SHHB memberikan komen dan teguran membina dari dapatan-dapatan sepanjang klinik memperdengarkan bacaan setiap warga SMALHB. Semoga usaha yang dilakukan ini akan terus membantu kesempurnaan kita semua dalam mendirikan ibadah seharian kita.
.

Khamis, November 19, 2009

SMALHB Johan Pidato 2 Kali Berturut-Turut

Pertandingan Pidato Dan Bercerita Bahasa Arab
Sekolah-Sekolah Arab Brunei Darussalam
18hb November 2009M - Rabu
Tempat : Dewan Besar SUAMP RIPAD
.
SMALHB membawa pulang piala rebutan dalam kategori B Peraduan Pidato Bahasa Arab untuk kali kedua berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada 2 tahun lepas. Wakil SMALHB, Dyg Nor'ain binti Awg Hj Othman muncul johan dan Mohd Habzillah bin Haji Abd Wahab meraih tempat ketiga. Manakala wakil dari SUAMP RIPAD, Hamizah binti Haji Mintir mendapat tempat kedua dalam kategori B ini (menengah atas)
.
.
Pertandingan anjuran Jabatan Pengajian Islam ini juga buat julung-julung kalinya memperkenalkan satu lagi pertandingan mencungkil bakat-bakat penuntut di sekolah-sekolah persediaan arab berani tampil di khalayak ramai iaitu Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Arab. Ini antara yang disentuh di dalam ucapan pengerusi majlis, Ustazah Hajah Rusita binti Haji Yahya. Hadir menjadi tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia, Ustaz Haji Harun bin Haji Juned, Setiausaha Majlis Ugama Islam, KHEU.
.
.
Dengan mempertaruhkan pidato arab bertajuk " Kelahiran Muhammad sebagai ikutan sepanjang zaman " membawa tuah kepada Dyg Nor'ain apabila para juri menobatkan beliau sebagai juara kategori B. Manakala Mohd Habzillah membawakan tajuk " Isra' dan Mikraj serta Bagaimana penerimaan manusia terhadap berita ini " berjaya di tempat ketiga.
.

.
Setiap pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, piala iringan, sijil dan piala rebutan (bagi juara setiap kategori)
.

.
Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil SMALHB dan guru-guru pembimbing di atas kejayaan besar ini. Semoga SMALHB akan terus cemerlang di masa-masa akan datang dengan hasil yang lebih membanggakan~

Perang Kuali SMALHB Meriah!

Perang Kuali
18hb November 2009 - Rabu
Tempat : Berhadapan Taman Therapeutik
.
Buat julung-julung kalinya, SMALHB mengadakan satu pertandingan Perang Kuali mencungkil bakat para penuntut menyediakan resipi bagi penuntut-penuntut lelaki dan membuat tumpi bagi penuntut perempuan. Pelbagai aksi dan ragam sepanjang pertandingan berlangsung.
.
.
Juara pertandingan membuat tumpi...dapat menempah ni....
.
.
Juara kategori lelaki..memang handal-handal bisdia ani..
.
.
2 pengacara yang tidak asing lagi..gamat..panas suasana...hehe
.



Selasa, November 17, 2009

Kursus Titik Teroka Di Temburong

Kursus Titik Teroka
Outward Bound Temburong
17hb November 2009M - Selasa
.
Seramai 63 orang penuntut terdiri dari Persatuan Kebajikan Penuntut, Prefek-Prefek termasuk guru menyertai kursus selama sehari ini yang dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan (KKBS) melalui Guru Penyelaras Perkembangan Staff SMALHB.
.
.
Kursus ini antara lain bertujuan : membentuk jati diri individu/belia yang mantap dan menguji ketahanan fizikal mental serta memupuk semangat setiakawan dan berpasukan dalam membuat keputusan,bertindak dan saling bertolong-tolongan di dalam kumpulan.
.
.
Para penuntut dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu : 1- ALAK BETATAR 2- PATEH TUBA 3- ONG SUM PING 4- PG. BENDAHARA SAKAM. Pelbagai aktiviti berkumpulan sepanjang hari antaranya ialah FLYING FOX, TRUST FALL, TOM & JERRY, MOON & WALKER, TRAFFIC JAM dan AYAM & TELUR.
.
.
Waduh..macam iklan kungfu panda ada jua bisdurang ani..hehe
.

.
Hati-hati aaa menyambut anak orang aaa...tangan mesti kuat....
.