Rabu, Jun 10, 2009

Program Belia SMALHB Dan Ilmu Falak

Program Pendidikan Ilmu Falak Bersama Belia
Anjuran Bersama : Jabatan Usuluddin & Jabatan Umum
Penceramah Undangan : Haji Julaihi Haji Lamat, Jabatan Ukur
10hb Jun 2009M-Rabu
8 malam
Kawasan Lapang SMALHB
.
Satu program pendidikan Ilmu Falak dan mencerap bintang dari Jabatan Ukur telah berlangsung di kawasan lapang SMALHB. Hadir di program anjuran Jabatan Usuluddin dan Jabatan Umum tersebut ialah para pegawai, guru-guru, para pelajar SMALHB dan sebahagian ibu bapa pelajar.
.

.
..
.
.
.
.
.
Acara bermula dengan bacaan Ummul Kitab dipimpin oleh YDP penuntut, Mohd Thaqif bin Haji Baha dan selajur diteruskan dengan taklimat Ilmu Falak dari Yang Mulia Haji Julaihi bin Haji Lamat dari Jabatan Ukur.
.
.
.
.
Sementara itu, satu aktiviti peraduan mewarna berlangsung untuk memeriahkan program tersebut. Anak-anak guru-guru SMALHB tidak melepaskan peluang mencuba bakat masing-masing dalam peraduan ini.
.
.
.
.
"Color lawa-lawa lai ah..baru anak mummy.."
.
.
.
.
.
"Sayang anak mama..."
.
.
.
.
.
Ketua Jabatan Umum berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jabatan Ukur juga pada malam itu telah berkesudian membawa beberapa peralatan untuk mengukur dan mencerap bintang. Walaubagaimanapun, cuaca pada malam tersebut tidak mengizinkan untuk mencerap bintang kerana berawan.
.
.
.
Pada akhir acara tersebut, kuiz terbuka kelolaan Jabatan Usuluddin dan Jabatan Umum mengambil tempat. Majlis berakhir kira-kira jam 11 malam.
.
.
.
.
.
.

Motivasi Ke Arah Kecemerlangan Pelajar

Ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang
Bahagian Kaunseling Bimbingan Dan Bakat Kerja
Jabatan Sekolah-Sekolah, Kem. Pendidikan
10hb Jun 2009M - Rabu
Dewan SMALHB
.
Satu ceramah motivasi membentuk pelajar-pelajar cemerlang berlangsung di SMALHB bertujuan antara lain ialah untuk meningkatkan motivasi dan tahap keyakinan / kendiri para pelajar khususnya bagi bakal-bakal calon yang akan menduduki Peperiksaan Bersijil STPUB pada awal Ogos depan.
.

.
Penceramah dari Bahagian Kaunseling Bimbingan Dan Bakat Kerja, Yang Mulia Haji Aji bin Haji Othman menegaskan bahawa antara ciri-ciri pelajar cemerlang itu adalah pelajar yang berjaya dalam akademik dan aktif dalam ko-kurikulum. Ini kerana kognitif (mental) seseorang itu berkait rapat dengan psikomotor (gerak badan). Kerana itu juga, pepatah arab ada menyebut bahawa akal yang sihat itu datang dari tubuh badan yang sihat.
.
.
.
.
.
.
.
" Ujian menahan suara dari perut ? "
.
.
.

Pertandingan Senam Robik dan 3K

Pertandingan Senam Robik Dan 3K Antara Zon-Zon SMALHB
09hb Jun 2009M
Selasa
.
Selesai saja musim peperiksaan bagi SMALHB, pihak sekolah telah menyusun pelbagai aktiviti menarik bagi pelajar-pelajar. Antaranya ialah Senam Robik yang menengahkan bakat-bakat pelajar secara spontan mencipta kreativiti senam robik. Pelbagai gelagat menarik, lucu dan mencuit hati memeriahkan sepanjang pertandingan tersebut. Syabas diucapkan kepada semua pelajar dan warga sekolah amnya di atas usaha mengindahkan kawasan sekolah di samping beriadah melapangkan fikiran.
.
.
Acara pemanasan badan (Warming up) sebelum pertandingan senam robik dan menanam pokok bunga serta membersihkan kawasan sekolah dijalankan.
.
.
.
.
.
.
.
"Tarian poco-poco yang menggamatkan suasana..hehe.."
.
.
2 Juri (depan) yang mengadili sepanjang pertandingan senam robik
.
.
.
.
.
.
"Macam ala-ala gaya kumpulan 70-an membuat persembahan..mencuit hati.."
.
.
.
.
Bila si Taufik mengetuai senam robik..suasana meriah dan gamat..bersenam ker atau Ago-go? Cayalah Taufik and the Gang!!.."
.
.
.
.
.
Para hakim mengumpulkan markah keseluruhan termasuk senam robik, kebersihan taman, kerjasama pelajar-pelajar dan aspek-aspek lain yang berkaitan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Juara senam robik disandang dari zon 3
.
.
.
.
.
.
.
Juara keseluruhan acara senam robik dan kebersihan, kecantikan dan keindahan taman (3K) juga disandang dari zon 3.
.