Rabu, Jun 13, 2012

MAJLIS PEMBUBARAN MP SESI 2011-2012 DAN PERLANTIKAN MP SESI 2012-2013

19 Mei 2012, Majlis Pelajar kini dianggotai oleh ahli-ahli baru dan secara rasminya Majlis Pelajar sesi 2011-2012 telah pun dibubarkan. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Ahli-ahli Majlis Pelajar yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Tidak lupa didoakan semoga akan beroleh keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang akan datang. InshaAllah.


Majlis pada hari itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan ucapan Pemangku Pengetua yang menyentuh serba sedikit mengenai tanggungjawab pelajar serta mengutamakan pelajaran demi mengejar impian, sentiasa menghormati ibu-bapa, guru-guru serta kawan-kawan dan sentiasa menjalankan suruhan agama.






Majlis diteruskan dengan ucapan mantan Yang Di-Pertua dan Naib Yang Di-Pertua MP sesi 2011-2012 iaitu, Md Dzulhilmi Moharefandi dan Nur Hafizah Hj Md Sofian. Ini diikuti dengan pengumuman MP 2012-2013 yang diumumkan oleh mantan Setiausaha MP 2011-2012. Ahli-ahli MP 2011-2012 & 2012-2013 juga menerima sijil mereka pada majlis tersebut.






Ahli-ahli MP sesi 2012-2013
 





Majlis juga menyaksikan penyerahan dan penerimaan tugas dari ahli lama kepada ahli baru yang dilangsungkan dihadapan Pemangku Pengetua.



 Barisan Ahli MP pelajar perempuan.

 Majlis penandatangan perjanjian

 Penyerahan tugas

Ucapan pertama YDP MP 2012-2013

 Pembacaan ikrar






Dalam majlis tersebut, mantan ahli-ahli MP 2011-2012 juga berkesudian mempersembahkan satu tausyeh dan lagu sebagai kenangan.


Semoga MP 2012-2013 akan dapat meneruskan warisan kecemerlangan SMALHB dan menaikkan nama SMALHB dalam segenap bidang serta mampu menjadi contoh tauladan buat pelajar lain. Tahniah!

Tiada ulasan: