Isnin, September 27, 2010

Peperiksaan Pra STPUB 2010M

Peperiksaan Pra STPUB bermula pada :
.
27hb September 2010M (Isnin)
hingga
9hb Oktober 2010M (Sabtu)
.
.
Semoga Berjaya

Sabtu, September 25, 2010

Tahlil Sempena Hari Guru

Bertahlil Di Kubah Makam DiRaja Sempena Hari Guru
25hb September 2010M - Sabtu
2.00 petang
.
Sempena Sambutan Hari Guru kali ke 20 ada tahun ini warga SMALHB mengadakan majlis membaca surah Yassin dan Tahlil bertempat di Kubah Makam DiRaja di ibu negara bagi memperingati jasa Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien III sebagai seorang guru dan tokoh ilmuan yang tiada tolok bandingnya.
.




Khamis, September 23, 2010

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU
.
Diucapkan kepada semua guru-guru khususnya para pendidik SMALHB
.
Hanya ALLAH Subhanahu Wata'la sahaja yang mampu membalas jasa kalian
.
.
GURU GEMILANG PELAJAR CEMERLANG

Rabu, September 22, 2010

Peperiksaan STPUB 2010M

Peperiksaan STPUB (Bertulis) 2010M bermula pada
.
22hb September 2010M hingga 9hb Oktober 2010M.
.
.
Semoga Berjaya

Isnin, September 20, 2010

Nur Hafilah Salihah Terima Biasiswa "Sultan's Scholar"

Majlis Penganugerahan Biasiswa "Sultan's Scholar"
20hb September 2010M - Isnin
Istana Nurul Iman
.
Dayang NurHafilah Salihah binti Haji Mohd Salleh dari SMALHB adalah di antara 5 orang penerima Anugerah Biasiswa " Sultan's Scholar " yang berjaya terpilih bagi sesi pengajian 2010/2011 yang berlangsung di Istana Nurul Iman
.
KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penganugerahan berprestij ini kepada pelajar SMALHB, Dayang Nur Hafilah Salihah
. .
Biasiswa ini telah dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang dikenal pasti oleh YSHHB, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan sebagai penuntut-penuntut cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar bagi melanjutkan pelajaran mereka dalam pelbagai bidang di peringkat ijazah dan yang sebanding dengannya di universiti-universiti yang diiktiraf di luar negara.
.
.
Dayang Nur Hafilah Salihah akan melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Usuluddin.
.

Khamis, September 16, 2010

Hari Raya Bersama SYSHHB

Majlis Sambutan Hari Raya Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Dewan Plenary - Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC)
16hb September 2010M - Khamis
.
SMALHB menerusi Kelab Syababul Quran dijemput membuat persembahan tausyeh Aidilfitri di majlis Sambutan Hari Raya anjuran Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
.


.
SUAMP RIPAD tidak ketinggalan memeriahkan acara majlis
.

.
Kehadiran KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam beserta para kerabat menyerikan lagi majlis sambutan.
.


.
Baginda berkenan mengurniakan titah dan menyaksikan pameran dari agensi-agensi penguatkuasaan awam serta berkenan menerima junjung ziarah dan sembah ucapan selamat hari raya dari para peserta.
.


Pelajar SMALHB Boleh Mendalami Pengajian Islam Atau Bidang Umum

Lawatan Kerja Menteri Hal Ehwal Ugama Ke SMALHB
16hb September 2010M - Khamis
3.00 petang

Teks Dipetik Dari Pelita Brunei
.
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman menyatakan, penetapan pelajar di Sekolah Arab mengambil Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan 'O' Level adalah tepat dan selepas itu para pelajar boleh memilih sama ada mendalami pengajian Islam menjadi ulama atau meneruskan ke bidang umum.
.
.

Menyatakan perkara tersebut semasa lawatan kerja ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Jalan Tutong, bagaimana pun berkata mereka semuanya telah memperolehi pendidikan ugama yang mencukupi secara amali dan praktik yang memiliki bahasa Arab dan memiliki pandangan dan pegangan yang kukuh terhadap ajaran Islam menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
.
Sayangnya jelasnya, ia tidak digilap sejak dahulu dan hanya sekarang baru benar-benar kita sedar untuk menggilapnya.
.
Jadi tambahnya, usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama supaya pelajar-pelajar mengikuti pelbagai jurusan di peringkat pengajian tinggi di dalam dan luar negara adalah usaha berkebajikan diatas landasan yang dikehendaki.
.
Tinggal lagi usaha sekarang ialah untuk mengukuhkan atau 'strenghten' dalam semua aspek seperti prasarana, akademik, kurikulum, tenaga pengajar, disiplin dan sebagainya.
.
Sementara itu, Pengetua SMALHB, Dayang Hajah Asmah binti Haji Randah dalam kata alu-aluannya menjelaskan mengenai pencapaian kecemerlangan penuntut SMALHB dalam bidang akademik yang mana telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Peperiksaan GCE 'A' Level dan pelajar-pelajar yang telah melanjutkan pelajaran mengikut bidang yang diceburi di peringkat universiti dalam dan luar negeri.
.
Lawatan kerja itu juga disertai, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam (JPI) serta Pegawai-pegawai Kanan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.