Khamis, Ogos 13, 2009

Qari Dan Qariah Negara Disambut Meriah

Mengalu-alukan Kehadiran Qari dan Qariah Negara
Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas
14hb Ogos 2009M - Jumaat
1.00 pagi
.
.
Negara sekali lagi berbangga apabila qariahnya berjaya menduduki tempat ketiga di Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-51 di Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini.
.

.
Majlis meraikan ketibaan qari Haji Mohammad Fahmi Haji Metussin dan qariah Hajah Nurul Akmalinawati Haji Yahya disambut meriah dengan pukulan hadrah dan persembahan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada mereka dengan didahului oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Badaruddin, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama.
.


.
Hajah Nurul Akmalinawati menduduki tempat ketiga dengan markah 86 peratus dan ini adalah penyertaan kedua beliau dalam pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia. Manakala Haji Mohammad Fahmi Haji Metussin pula menduduki tempat ke lima. Beliau juga merupakan bekas penuntut SMALHB dan sekarang menuntut di KUPU SB.
.
.
Kumpulan hadrah SMALHB merakamkan kenangan bersama wakil Qari negara
.

Tiada ulasan: