Isnin, November 16, 2009

Suntikan Semangat Kepada Para Penuntut

Kursus Motivasi Dan Kepimpinan
16hb November 2009M - Isnin
Dewan SMALHB
.
Walaupun bahang cuti penggal persekolahan keempat hampir bermula dan para penuntut akan memulakan cuti persekolahan mereka lebih kurang seminggu lagi, SMALHB terus rancak mengungkayahkan aktiviti bersifat ilmiah sebagai pemangkin agar terus memantapkan diri dari segi fizikal dan mental sebelum bermulanya sesi pembelajaran mereka di Tingkatan Enam Atas tahun hadapan.
.
.
Kursus Motivasi dan Kepimpinan yang bertempat di dewan SMALHB ini dipermudahcarakan oleh seorang kaunselor dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBDS), Hj Abd Rahman Bin Hj Ahim, yang juga merupakan bekas penuntut SMALHB pada satu ketika dulu.
.




Ahad, November 15, 2009

BBQ di Pantai Muara

Rehlah & Barbecue Warga SMALHB
14hb November 2009M-Sabtu
7.30 pagi hingga 12 tengah hari
Pantai Muara
.
Penyelaras Indung Angkat berkalaborasi dengan Kelab Tenaga dan Kelab FUGEN menjayakan program rehlah sambil barbeku di Pantai Muara yang melibatkan seluruh warga penuntut dan guru SMALHB.
.
"Warming up dulu aaa~"
.




.
Program yang antara lain bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara pihak sekolah dengan para pelajar di samping sebagai satu lagi wadah efektif menghidupkan suasana adik-beradik angkat di kalangan mereka.
.
Antara permainan melibatkan indung dan anak angkat..Laju lusir!!
.
.
"Sapa mambali roket biskita ani nanti?"
.
.
Permainan "The Longest Chain"..ado-ado gala kreativiti bisdia ani~
.


Sabtu, November 14, 2009

Lawatan Ke OGDC Tiga Hari Berturut-Turut

Lawatan Ke Pusat Penemuan Minyak Dan Gas (OGDC)
10hb hingga 12hb November 2009M
Selasa hingga Khamis
.
SMALHB melalui bahagian Ko-Kurikulum mengungkayahkan satu lawatan mega selama 3 hari berturut-turut melibatkan sejumlah 125 orang pelajar ke Pusat Penemuan Minyak Dan Gas di Seria.
.
Sebahagian pelajar dan guru di hadapan Bangunan OGDC
.
.
Pelbagai aktiviti ilmiah yang menyeronokkan sepanjang 3 hari lawatan. Para pelajar dan guru tidak melepaskan peluang menyaksikan dan mencuba permainan terdapat di pusat tersebut.
.
Banarkah bisurang ani atau belakon ?
.

.
Apa yang Cikgu Siti Hawa ketawa atu kan ? relak cikgu...
.



.
Tega kah anda makan menu baru atas piring ani?
.
.
Identical Twins..
.

Lawatan Ke Polis DiRaja Brunei

Lawatan Ke Ibu Pejabat Polis DiRaja Brunei
12hb November 2009M
Khamis
.
Acara lawatan ilmiah diteruskan lagi dengan kunjungan seramai 45 orang pelajar SMALHB ke Ibu Pejabat Polis DiRaja Brunei di mana mereka dapat berinteraksi secara lebih dekat dengan pegawai-pegawai polis akan tanggungjawab dan juga diberi taklimat tentang kes-kes jenayah yang berlaku terutama kes-kes yang melibatkan para belia.
.
.
Selain dari itu, para pelajar beruntung dapat menyaksikan sendiri latihan-latihan fizikal dari para rekrut di Padang Latihan Polis.
.

.
"Sekali imbas persis pelakon senior Darah Kedayan Brunei..dua kali imbas SAH kedia tah udah orangnya.."
.
.
"Macam abang polis ani tah pulang kan kana soal-siasat..tungkal tu kana soal dalam bahasa arab..hehe~"
.