Jumaat, Disember 12, 2008

Lawatan ke Jabatan Penjara & Pertahanan


Lawatan sambil belajar ke Jabatan Penjara & Pertahanan - 11th. November 2008M.


Selasa sekitar jam 8.30 pagi, para pelajar perempuan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dibawa melawat ke Jabatan Penjara, Jerudong dan kumpulan kedua menuju ke Kementerian Pertahanan, Berakas.


Sejurus sampai ke Jabatan Penjara, sedikit taklimat disampaikan tentang struktur dan latar belakang jabatan ini.





"Siapa kan mau volunteer minta sebat..silakan kehadapan ah..".


"Anitah gambar-gambar sudah kana sebat..jangan ikutkan durang ani ah..inda ilang ni scar nya ah", ujar salah seorang pegawai yang bertugas.


"Ambat kuat-kuat ah..no mercy at all...hehe".




Wakil bahagian lawatan ketika menandatangani buku lawatan dan ketika menyampaikan cenderahati.


SMALHB juga dibawa melawat galeri di Jabatan Penjara ini yang juga mempamerkan hasil-hasil kraftangan dan aktiviti yang dibuat oleh para banduan sepanjang berada di penjara.



"it's makan time girls....hehe".

Ekspidisi ke Bukit Patoi dan Wasai.

Ekspidisi mendaki Bukit Patoi dan ke Wasai Kg. Belais Buda-Buda, Temburong - 11hb. November 2008M.

Seramai 60 orang pelajar lelaki Tingkatan 6 Bawah dan guru-guru pengawas SMALHB bertolak ke Temburung pada sekitar jam 8 pagi menuju ke Bangar melalui jalan sungai untuk meneruskan ekspidisi mendaki Bukit Patoi dan turun menyusur ke Wasai Belais Buda-Buda. Ekspidisi berakhir pada sebelah petang dan sampai ke SMALHB kira-kira jam 5 petang.




"Temburong...i'm coming!!!"



"Selamat datang ke Taman Rekreasi Bukit Patoi...waahhh..macam promosi ah".



Sedikit taklimat sebelum pendakian bermula.


"Jauh lagikah?". "Ngalih dah Min?"


Berlatarkan Batu Berdinding, salah sebuah batu berupa dinding besar yang terbentuk secara semulajadi.



"Yea..yea...inda jauh lagi..dalam 500 anak tangga lagi".


Sebahagian guru pengawas dari pelbagai negara turun padang bersama-sama. "World!!..."


"Inilah..barisan kita..yang ikhlas berjuang...". "Sampai jua ku akhirnya...".




Di puncak Bukit Patoi bersama Ustazah Hajah Nafisah.


Di puncak berlatar belakangkan Sundar, Sarawak. "Bulih turun menyimbat buah ni di Sundar".



"Naikkan banner kitani...1, 2, 3...say cheese!!!". "Next year Mount. Kinabalu lagi ah!!".


Makan tengahari di pondok Kg. Belais Buda-Buda.


SMALHB amat berbesar hati apabila ketua kampung Belais Buda-Buda sendiri datang memeriahkan acara lawatan kami.


Melawat sekitar pondok-pondok rekreasi.



Pemandangan Wasai Belais Buda-Buda, kira-kira 15 minit menyusur masuk ke dalam dari laluan masuk Kg. Belais Buda-Buda. "Gambar-gambar di wasai considered as Pic personal tia..hehe".

Isnin, Disember 08, 2008

Riadah dan bertahlil di Kawasan Makam, Jalan Kubah DiRaja

Riadah dan bertahlil di kawasan Makam, Jalan Kubah DiRaja-10hb. November 2008M.

Unit sukan dan akli bergabung dengan para pelajar Tingkatan 6 Bawah mengadakan acara riadah dengan berjoging dari SMALHB hingga sepanjang Jalan Kubah Makam DiRaja. Sejurus sampai ke kawasan lapang kawasan makam, para pelajar melakukan senam ringan.






"We believe we can fly..."




"Joget Lambak Mat!!"...



Sejurus kemudian, pelajar-pelajar lelaki menuju ke kawasan perkuburan di kawasan Makam DiRaja untuk membersihkan tanah perkuburan seterusnya menghadiahkan tahlil dan doa kepada arwah muslimin dan muslimat diketuai oleh YDP penuntut, Mohd Asdey Hazabullah.





Batu Salsilah yang terdapat di kawasan Makam DiRaja.




Sementara itu, pelajar-pelajar perempuan turut mengadakan aktiviti yang diselenggarakan oleh Bahagian Penyelaras Akli.