Sabtu, Mei 21, 2011
GREEN WAVE
Sabtu, 21hb Mei telah diadakan Projek 3K, Kempen Kebersihan dan Penanaman Pokok Sempena Hari Perhutanan Sedunia. Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan melibatkan semua warga SMALHB.









Selasa, Mei 17, 2011
PERKUMPULAN PAGI PRA U2 SYARIAH FAIRUZI
Pada 18hb Mei. kelas Pra U2 Syariah Fairuzi mengadakan persembahan untuk perkumpulan pagi. Seperti biasa, acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kemudian diikuti dengan persembahan lakonan and khutbah Bahasa Inggeris. Seterusnya bacaan doa sebelum majlis bersurai.
Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Rabu, April 27, 2011
JERAYAWARA BIASISWA KEMENTERIAN PERTAHANAN
Rabu lalu, 27hb April 2011 telah diadakan Jerayawara Biasiswa dari Kementerian Pertahanan.Jerayawara dihadiri oleh Pemangku Pengetua,Ustazah Hjh Nora 'aini binti Hj Abu Bakar,timbalan-timbalan pengetua, para pegawai, guru-guru dan penuntut pra u 1 dan 2.Briefing mengenai biasiswa dikendalikan oleh empat orang pemegang biasiswa Kementerian Pertahanan.Di antara tujuan jerayawara ini adalah untuk mengetahui bagaimana cara mendapatkan biasiswa yang ditawarkan,mengenai latihan-latihan dan cara membuat persediaan temuduga di samping memberi semangat penuntut- penuntut untuk belajar dengan lebih tekun.Majlis diakhiri dengan sessi soal jawab.Untuk memberkati majlis ditutup dengan bacaan doa.
PERLANTIKAN MAJLIS PELAJAR SESSI 2011/2012M
Majlis tersebut berlangsung pada 23hb Jamadil Awal, 1432H bersamaan dengan 27hb April, 2011M di Dewan Besar SMALHB. Acara dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awg Hazwan bin Haji Salim, Pelajar PRA U 2 Usuluddin Kuhli. Seterusnya Lagu Kebangsaan dan Lagu Rasmi SMALHB yang diketuai oleh Pelajar Kelab Syababul Quran.
ucapan alu-aluan dari Ustazah Hajah Nora'aini binti Haji Abu Bakar (Pemangku Pengetua).
ucapan Yang Dipertua Majlis Pelajar sessi 2010/2011M,
Awg Hazwan bin Haji Salim.
ucapan Naib Yang Dipertua Majlis Pelajar sessi 2010/2011M,
Dyg Hamizah binti Haji Mintir.
acara kemuncak majlis, pengumuman perlantikan Majlis Pelajar, Raid/Raidah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sessi 2011/2012M,
oleh Awg Sawardi bin Haji Mahadi.
seterusnya acara penyerahan Sijil Penghargaan kepada Majlis Pelajar sessi 2010/2011M yang diserahkan oleh Ustazah Hajah Hamidah binti Haji Abd Rahman (Timbalan Pengetua I).
dan diselajurkan dengan penyerahan Surat Lantikan Majlis Pelajar, Raid/Raidah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sessi 2011/2012M yang diserahkan oleh Ustazah Hajah Nora'aini binti Haji Abu Bakar (Pemangku Pengetua).
penyerahan timbang terima tugas disaksikan sendiri oleh Pemangku Pengetua.
bacaan Ikrar diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Pelajar sessi 2011/2012M,
Awg Muhammad Dzulhilmi bin Moharefandi.
persembahan dari Majlis Pelajar sessi 2010/2011M.
Majlis di akhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Ketua Badan Agama Dan Akhlak sessi 2011/2012M, Awg Mohammad Izzat Izzuddin bin Pehin Khatib Haji Emran.
Langgan:
Catatan (Atom)