Isnin, April 25, 2011

PERKUMPULAN PAGI

Isnin lalu telah diadakan perkumpulan pagi yang mana telah dikendalikan oleh Kelas Pra u 2 Syariah Samawi.Perkumpulan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan seterusnya lakonan pendek adaptasi daripada kisah dongeng "Nakhoda Manis".Kemudian khutbah Bahasa Inggeris disampaikan oleh Noorul Hikmah binti Hj Mohammad.Perkumpulan ditutup dengan bacaan doa oleh Yusof bin Kamis.



















Khamis, April 21, 2011

CASCADING SESSION: LEADERS AS TEACHERS

Baru-baru ini Para Pegawai dan Guru telah mengikuti ‘Cascading Session: Leaders as Teachers’ yang dikendalikan oleh Ustazah Hajah Nora’aini binti Haji Abu Bakar (Pemangku Pengetua), Ustaz Haji Saharuddin bin Haji Patra (Timbalan Pengetua II) dan Cikgu Haji Hasbi bin Haji Mohd Suhaily (Guru Kanan Disiplin).

Program tersebut dibahagikan kepada 4 buah kumpulan, yang mana kumpulan pertama diadakan pada hari Rabu 13hb April, kumpulan kedua pada hari Isnin 18hb April, kumpulan ketiga pada hari Selasa 19hb April, manakala kumpulan keempat pada hari Khamis 21hb April.

Semasa sessi itu diadakan Para Pegawai dan Guru diberi tugasan secara individu mahupun berkumpulan. Ianya bertujuan supaya mereka selaku pemimpin dapat menerima perubahan yang positif dan dapat mengendalikan tugasan dengan lebih bijaksana.






Khamis, April 14, 2011

PERBARISAN PAGI

Khamis, 14hb April , telah diadakan perbarisan pagi yang dianjurkan oleh Pra U II Syariah Azraq. Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran kemudian diikuti dengan persembahan lakonan dan khutbah Bahasa Inggeris. Seterusnya bacaan doa dan majlis bersurai.



















Sabtu, April 09, 2011

LAWATAN KERJA PEGAWAI TINGGI KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Pada Sabtu lalu,9 April 2011 serombongan 22 orang pegawai tinggi Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim telah membuat lawatan ke SMALHB.Rombongan diketuai oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor ,Yang Berhormat Dato' Haji Nooh bin Gadot.Turut serta dalam rombongan ini ialah Mufti Negeri Johor,Yang Berbahagia Dato' Haji M.Tahrir bin Dato' Haji Samsuddin.Di antara tujuan lawatan rombongan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahmi di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Johor Darul Takzim dan membuat perbincangan dua hala dengan Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah sambil mengadakan lawatan ke institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam.