Isnin, Ogos 10, 2009

Tahlil Di Jalan Kubah

Majlis Tahlil warga KHEU di Kubah Makam DiRaja
10 Ogos 2009M - Isnin
Kubah MaKam DiRaja, BSB
.

.
Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti bacaan tahlil beramai-ramai dan doa tahlil bagi Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit yang diketuai Pehin Khatib Haji Mustapa Haji Murad.
.
.
Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Dato Seri Utama Dr Haji Mohd Zain Haji Serudin dan Timbalan Menteri, Pehin Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin Haji Othman.
.
.
Antara warga SMALHB yang turut sama-sama memakmurkan majlis pada petang tersebut.
.
.
Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien III lindung pada 7hb September 1986 dikenali sebagai Arkitek Brunei Moden. Manakala Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit lindung pada 13hb September 1979.


Isnin, Ogos 03, 2009

Tahniah Buat U.Ak.Haji Asmady & Isteri

Selamat Pengantin Baru Buat :
.
Ak. Haji Asmady Pg. Haji Aliuddin
&
Rabi'atul Adawiyyah Haji Abd. Wahab
.
Nikah : 31hb Julai 2009M
Bersanding : 2hb Ogos 2009M
.





.
TRIVIA PENGANTIN :
.
Nama : Ak. Haji Asmady Pg. Haji Aliuddin
Graduan : Universiti Al-Azhar, 2003M
Jurusan : Lughah Al-Arabiyyah
Pengalaman Mengajar : Ma'Had Islam Brunei 2004-2006M
...................................... SMALHB 2007M hingga sekarang
Matapelajaran diajar : Insya
Jawatan di SMALHB : Ketua Jabatan Bahasa Arab
.
Nama : Rabi'atul Adawiyyah Haji Abd Wahab
Graduan : Masih menuntut di Universiti Al-Azhar
Jurusan : Syariah Al-Islamiyyah


Ahad, Ogos 02, 2009

Lawatan ke Ekspo Produk Halal

Lawatan Sambil Belajar Ke Ekspo Produk Halal Antarabangsa Kali 4
I.C.C
Semua pelajar Tingkatan 6 Bawah
1hb Ogos 2009M - Sabtu
10.00 pagi
.
Lawatan kali ini ada misi. Setiap kelas dari tingkatan 6 bawah dikehendaki menyediakan satu tajuk bersesuaian dengan ekspo yang berlangsung baru-baru ini secara berkumpulan sebagai projek pembentangan dalam pertandingan pada 20hb Ogos 2009M nanti.
.










.
" 2 budak I.T ~ "
.


.
Setiap kumpulan membuat penyelidikan dengan tajuk pembentangan yang sesuai
.

.
3 gelagat si Zai dalam pelbagai angle..hehe~~
.

.
Nahh..bisdia ani..baru tah namanya membuat penyelidikan tentang makanan~ hehe..
.





.
Kalau cemani basar nya megi~~alangkah nikmat nyerr~~
.








Peperiksaan Lisan Al-Quran STPUB

Peperiksaan Lisan (Syafawi) Al-Quran
Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei 2009M
Mula : 1hb Ogos 2009 - 13hb Ogos 2009M
Tempat : Makmal Komputer, SMALHB
.
Bermula pada tarikh 1hb Ogos 2009M yang lalu, pelajar-pelajar Tingkatan 6 atas SMALHB menduduki peperiksaan lisan Al-Quran STPUB.
.

.
Sebanyak 6 buah surah ; Surah Al-Ankabut, Ar-Rum, As-Sajadah, Al-Ahzab, Al-Fathir dan As-Saba' merupakan sukatan pelajaran dinilai oleh 2 orang pemeriksa lantikan dari Jabatan Peperiksaan KHEUB.
.


.
Bittaufik Wannajah diucapkan kepada semua calon-calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini. Mudah-mudahan SMALHB akan terus cemerlang melahirkan bakal-bakal mahasiswa-siswi yang berkualiti sebagai nadi jentera negara di masa akan datang. Amin...