Pada 23hb Februari yang lalu telah berlangsung sambutan hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali yang ke-27 dengan bertemakan 'Negaraku Brunei Darussalam'. Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah turut menyertai perarakan yang gilang gemilang dengan penuh semangat patriotisma.
pasukan smalhb berarak penuh semangat
Pemangku Pengetua Ustazah Hjh Noraini mengepalai pasukan smalhb
pelajar smalhb mengebarkan bendera dengan megahnya..
terpancar kegembiraan di wajah ustazah-ustazah yang menyaksikan perarakan
TEMPAT: DEWAN SMALHB ACARA: LATIHAN PERSEMBAHAN PADANG HARI KEBANGSAAN
Terima Kasih kepada semua warga SMALHB yang terlibat dan bertungkus lumus menjayakan sambutan hari kebangsaan. "Negaraku Brunei Darussalam"
Semua pegawai dan guru serta pelajar lelaki Pra U 1 dan Pra U 2 turut terlibat dalam pertandingan perarakan mauludirrasul S.A.W. pada 15hb Februari 2011M bersamaan dengan 12 Rabi'ul Awal 1432H.
Acara menaikkan bendera sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27 telah diadakan pada pagi 14hb Feberuari 2011, di kawasan letak kereta SMALHB. Pada hari tersebut semua pegawai dan guru serta pelajar Pra U 1 dan Pra U 2 serta pelajar tahun 5 dan 6 sama-sama mendengarkan ucapan mengenai hari kebangsaan oleh Timbalan Pengetua Akademik, Yang Mulia Ustaz Haji Saharuddin bin Haji Patra.
.Persembahan tausyeh oleh pelajar perempuan Pra U 1.
.
.
Majlis penutup minggu ta'aruf pada petang khamis, 10hb Februari 2011 diadakan di dewan besar SMALHB. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah pemenang bagi pertandingan lagu rasmi sekolah. Johan pertandingan tersebut disandang oleh kelas Pra U 1 Sy Bunni, manakala naib johan kelas Pra U 1 Sn Sy Ramadi dan tempat ketiga gabungan kelas Pra U 1 Us Rummani dan Pra U 1 Lg Banafsaji
. Pada malam 8hb dan 9hb Februari 2011, minggu ta'aruf diselajurkan dengan acara berdikir sempena memperingati Maulidurrasul S.A.W. Semua pegawai dan guru serta pelajar asrama lelaki turut sama-sama meraikan majlis tersebut yang diadakan di surau SMALHB.