Sabtu, November 27, 2010

SMALHB Johan Syair Anjuran Majlis Tertinggi MIB

Peraduan Menambang Syair Perlembagaan Negeri Brunei
Anjuran : Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja
Tempat : Dewan Utama Royal Brunei Polo and Riding Club Jerudong
27hb November 2010M - Sabtu
.
Peraduan buat julung-julung kalinya ini merupakan strategi penting untuk mendedahkan para pelajar sekolah menengah dan pusat tingkatan enam kepada pengetahuan dan kemahiran menambang syair serta menghayati pemikiran yang tersurat dan tersirat dalam Syair Perlembagaan Brunei yang mengandungi dokumen penting dan rentetan peristiwa sepanjang proses penggubalan Perlembagaan Negeri Brunei pada tahun 1959 karya sasterawan diRaja yang amat bermutu.
.
SMALHB menjadi johan peraduan kali pertama ini bagi kategori A (pusat tingkatan enam) dengan membawa pulang sebuah piala pusingan, piala iringan, wang tunai $400 Brunei, Buku Koleksi Syair Sir Muda Omar Ali Saifuddien dan sijil penyertaan.
.
Alunan gemersik suara Hazwan bin Haji Salim membawakan irama Tambang Berhanyut membawa tuah pada SMALHB untuk muncul sebagai johan.
.

.
Berangkat menjadi Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah dan cenderahati ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di Pertua Adat Istiadat Negara.
.

.
Rakan-rakan seperjuangan menjadi nadi semangat wakil SMALHB di pertandingan tersebut
.
.
Bersama-sama Timbalan Pengetua Pentadbiran, guru-guru dan rakan-rakan.
.
.
Keputusan Penuh Kategori A :
.
Johan - Hazwan bin Haji Salim - SMALHB
Kedua - Siti Norhaslina binti Hoseni - Maktab Duli PMAMB
Ketiga - Noor Hafizah binti Haji Ajak - PTE Meragang
.
Keputusan Penuh Kategori B :
.
Johan - Syahmina binti Osman - SM Sultan Hassan
Kedua - Nur Musfirah binti Irfan - Sek. Seri Mulia Sarjana
Ketiga - Abdul Wafiy bin Ibrahim - SM Rimba

Khamis, November 25, 2010

SMALHB Naib Johan Di Pertandingan Syair

Pertandingan Membaca Syair Brunei Asli (Peringkat Akhir)
Sekolah-Sekolah Menengah, Maktab-Maktab dan Pendidikan Swasta Kali 13
Tempat : Dewan serbaguna Sek. Men. Sultan Sharif Ali, Salambigar
25hb November 2010M - Khamis
.
Membaca Syair Asli atau Menambang Syair merupakan kesenian dan kebudayaan yang penuh dengan nilai estetika dan elemen asli serta unik yang perlu dikekalkan walaupun dunia mengalami globalisasi yang bertali arus. Kerana itulah, pertandingan yang sudah memasuki usia 13 tahun ini terus disemarakkan lagi dengan tujuan antara lain agar mendidik anak-anak bangsa kita khususnya para remaja menghargai dan mengekalkan warisan seni warisan nenek moyang kita ini.
.
Bergambar ramai sebelum pertandingan bermula bersama Tetamu Kehormat, Doktor Mataim bin Bakar, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perhubungan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan. (duduk tengah)
.
.
Seramai 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan berentap di peringkat akhir dengan gaya dan alunan irama syair serta kelunakan suara masing-masing.
.
Peserta dari SUAMP RIPAD membawakan irama Tambang Begawan dan Berunggai Singkat dan berjaya muncul johan
.
.
SMALHB mempertaruhkan irama Tambang Begawan dan Berunggai Lanjar dan melayakkan diri menjadi naib johan.
.
.
Johan lelaki dari Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri ketika beraksi mengalunkan irama Tambang Begawan dan Berunggai Lanjar.
.

.
Keputusan Penuh :
.
Johan - Md. Sabri Lani dari SM PDSM - 81.1 %.
Naib Johan - Hazwan Haji Salim dari SMALHB - 79.5%
Ketiga - Muhd. Nur Bazli Abd. Mustafah dari SM PIHM - 75.8 %
.
.
Johan - Lina Musfirah Hj Abd.Wahab dari SUAMPPIRAD - 77.8%
Naib Johan - Raihana Asyiqin Haji Suhaili dari SM SMJA - 76.5%
Ketiga - Noor Hafizah Haji Ajak dari PTE Meragang - 76.1%
.
.
Hazwan bersama-sama rakan-rakan penyokong dan guru pembimbing syair. Tahniah diucapkan
.

Rabu, November 24, 2010

SMALHB Johan Pidato Anjuran JPI

Pertandingan Pidato Dan Mari Bercerita Bahasa Arab
Anjuran : Jabatan Pengajian Islam
Tempat : Pusat Dakwah Islamiyyah
24hb November 2010M - Rabu
.
Dengan membawakan tajuk : "Wasiat Muhammad Semasa Khutbah Perpisahan" di dalam Bahasa Arab telah melayakkan SMALHB menjuarai Pertandingan Pidato Bahasa Arab bagi kategori B baru-baru ini. Pertandingan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Pg. Haji Bahrom bin Pg. Haji Bahar selaku tetamu kehormat turut berkesudian memberikan ucapan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori.
.
Tetamu Kehormat berucap di dalam majlis tersebut.
.
.
SMALHB diwakili oleh Hamizah binti Haji Mintir menjuarai pertandingan bagi kategori B dengan markah 88.5% dengan diikuti 79% dan 75% bagi penyandang tempat kedua dan ketiga dari Institut Tahfiz Al-Quran SHHB dan Ma'Had Islam Brunei.
.

.
Bagi sekolah-sekolah Arab tahun 5 dan 6, juga telah diadakan Pertandingan Mari Bercerita dalam Bahasa Arab dengan mengetengahkan 5 buah Sekolah Persediaan Arab seluruh negara.
.
Ma'Had Islam Brunei mencuit hati penonton dengan cerita 3 sahabat yang akrab
.
.
Juara Pertandingan Mari Bercerita disandang oleh Sekolah Persediaan Arab BSB dengan markah 91.5%
.
.
Walaupun Sekolah Arab Temburong baru pertama kali menyertai pertandingan Mari Bercerita ini, tetapi berjaya menambat hati para juri dan menjadi naib johan dengan markah 91% dengan cerita "Ular dan Harta Karun"
.
.
Sekolah Arab Jerudong dengan aksi bersahaja di tempat ketiga
.



.
Penyokong-penyokong SMALHB terdiri dari guru-guru pembimbing dan rakan-rakan Hamizah binti Haji Mintir gembira dengan kejayaan. SMALHB membawa pulang sebuah piala pusingan, 2 buah piala iringan, wang tunai dan sijil penghargaan.
.

Selasa, November 23, 2010

SMALHB Berjaya Ke Peringkat Akhir Menambang Syair

Pertandingan Menambang Syair Perlembagaan Brunei Kali Pertama
Kategori 'B' Pusat Tingkatan Enam
Anjuran : Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja
23hb November 2010M - Selasa
.
Dengan membawakan irama lagu Tambang Berhanyut, wakil SMALHB beserta 2 lagi peserta dari Maktab Duli PMAMB dan Pusat Tingkatan Enam Meragang berjaya melangkah ke peringkat akhir melengkapkan bagi kategori B yang akan berlangsung pada sabtu, 27hb November 2010M. Tahniah diucapkan kepada Hazwan bin Haji Salim dan guru pembimbing di atas kejayaan.
.
Wakil dari PTEM dengan lagu irama Si Mercu Gunung
.
.
Satu-satunya peserta tunggal lelaki dari SMALHB ketika membuat persembahan
.
.
Peserta dari Maktab Duli PMAMB dengan lagu irama Tambang Begawan
.

Isnin, November 22, 2010

Mini Sukan Ria SMALHB

Mini Sukan Ria
22hb November 2010M - Isnin
Kawasan Lapang SMALHB
.
Pelbagai acara menarik disediakan mengisi slot mini sukan kelolaan Penyelaras Jasmani seperti Big Foot Relay..Blind Walk..Lord Of The Rings dan lain-lain lagi bagi warga SMALHB. Penyertaan dari semua pihak termasuk para pelajar dan guru serta kakitangan sekolah begitu menggalakkan dan memeriahkan sepanjang aktiviti ini berlangsung. Sekalung apresiasi kepada semua ~
.
.
Kasut Raya nampak ?? hehe
.


.
Lari Berhalangan antara pelajar-pelajar perempuan
.
.
Di mana menempah kasut aaa ?
.

.
Laaa...lupa diet ni si awang ani sampai inda muat masuk..hehe
.

.
Kerani & kakitangan SMALHB yang lain turut sama berhibur
.





Sabtu, November 20, 2010

Sihat Ceria Warga SMALHB

Sihat Ceria 3K
Anjuran : Penyelaras 3K SMALHB
20hb November 2010M - Sabtu
.
Mengamalkan hidup yang bersih, sihat dan cantik adalah cermin keperibadian setiap individu. Bertolak dari matlamat itulah, SMALHB menyelitkan program sihat Ceria dalam aktiviti di akhir tahun 2010M ini sebagai kesinambungan dari projek 3K yang dibuat pada setiap penggal.
.
Mengumpulkan kertas-kertas lama untuk dihapuskan dan ditanam
.
.
Rajin anak-anak teruna SMALHB ani menghias dewan makan~
.


.
Selepas waktu rehat, program diteruskan di dalam dewan sekolah dengan aktiviti kuiz minda kelolaan Penyelaras 3K. Pelbagai acara dilaksanakan antaranya, meneka berat buah-buahan, menggubah bunga bagi lelaki dan menggubah sajadah.
.
Kan dibawa kemana nangka aaa ?
.

.
Walaupun pertama kali menggubah tapi juara kali aa...hehe
.

.
Saha penuh prihatin dan tawadduk menggubah..hehe
.


.
"Kalau sukses gubahan sajadah ani, nanti kitani buka kedai menghias barang hantaran kawin aa..cemana?"
.

.
Bunga Mawar gubahan Latifah & the gang~
.