Sabtu, Oktober 16, 2010

Meriah Majlis 3 Dalam 1

Majlis Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya
Serta Doa Selamat Bakal-Bakal Haji SMALHB
Dewan SMALHB
16hb Oktober 2010M - Sabtu
.
Majlis 3 dalam 1 ini berlangsung dengan meriah walaupun bukan di dalam suasana hari raya sebenar setelah penuntut-penuntut menghadapi Peperiksaan Bersijil Pra-STPUB yang lalu.
.
Timbalan Pengetua dalam ucapannya antaranya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga penuntut di atas kegigihan merealisasikan majlis yang penuh warna-warni dan meninggalkan impak di hati semua
.

.
AJK penuntut bahagian cenderahati guru-guru
.




.
Majlis diserikan dengan persembahan tausyeh dari penuntut-penuntut perempuan
.
.
Selain persembahan nyanyian dan cabutan nama bertuah, turut mencuri perhatian ramai ialah deklamasi sajak dari abang pidato dan kakak pidato SMALHB
.



.
wow~sedapnyerr..
.
.
Guru Kanan Pentadbiran I berkesudian menyerahkan kutipan derma kepada 2 orang bakal haji terdiri daripada Awg Azmir bin Amit dan Cikgu Saidah binti Haji Ismail.
.



.
Di atas permintaan ramai, sekali lagi penuntut-penuntut menyampaikan medley lagu Raya dan lagu khas Hari Guru buat semua warga SMALHB
.

.
Surprise~sebuah lagu perpisahan dan sebiji kek buat Ak. Mohd Ridhauddin dan Muhd Yazid yang berjaya memperolehi biasiswa melanjutkan pengajian mereka di Malaysia selama 7 tahun. Semoga berjaya
.
.
Abang Pidato SMALHB, Ak. Mohd Ridhauddin bin Pg. Haji Mohd Amin
.

Jumaat, Oktober 15, 2010

Treasure Hunt Bahasa Arab - Hari Kedua

Al-Taftish An Al-Kunuz "Treasure Hunt"
(Hari Kedua)
Bagi Pra U I - Burunzi, Fairuzi, Zabarjadi & Rummani
Muzium Brunei, Kota Batu
14hb Oktober 2010M - Khamis
.
Jabatan Bahasa Arab meneruskan lagi aktivitinya pada hari kedua di Muzium Brunei di ibu negara. Dengan tema dan format yang sama seperti hari pertama kelmarin para penuntut seramai 63 orang dibahagikan kepada 18 kumpulan dengan soalan-soalan serta pembayang-pembayang yang diberikan. Tahniah kepada Jabatan Bahasa Arab kerana berjaya menghidupkan suasana persekitaran arab selama 2 hari di kawasan luar sekolah.
.
Taklimat ringkas permainan oleh U.Zaghloul
.


.
Ikan paus apa arabnya ??
.

.
Bertulang tapi melayang..ermm...apa kikik dalam Bahasa Arab nya ?? kamus di lobi muzium~
.




.
6 kumpulan pada hari kedua ini telah berjaya menjawab kesemua soalan di semua galeri yang tersedia di Muzium Brunei. Tahniah kepada semua kumpulan kerana semangat setiakawan dan usaha dalam memartabatkan Bahasa Arab sebagai bahasa utama selepas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
.
Tempat pertama : Ak. Mohd Nazirul Mubin, Latifah dan Mohd NurSalihin
.
.
Kedua : NurSabrina Ashikin, Mohd Ruzaini Izzah dan Siti Zahidah
.
.
Ketiga : Ak. Mohd Salihen, Hjh NorRabiatul Adawiyah dan Ak. Mohd Husen
.
.
Keempat : Hazwan, Hjh Siti NorAfifah dan Mohd Haznawi
.
.
Kelima : Mohd Akram, Dk. Sharifah Nur Nazirah dan Arif Fakhrullah
.
.
Keenam : Mohd Fakhrul Amirin, Siti Nursyazwani dan Hamdy
.

Rabu, Oktober 13, 2010

Treasure Hunt Bahasa Arab - Hari Pertama

Al-Taftish An Al-Kunuz "Treasure Hunt"
(Hari Pertama)
Bagi Pra U I - Akhdar, Bunni, Burtuqali & Banafsaji
Muzium Brunei, Kota Batu
13hb Oktober 2010M - Rabu
.
Jabatan Bahasa Arab SMALHB mengelolakan aktiviti Al-Taftish An Al-Kunuz "Treasure Hunt" di Muzium Brunei selama 2 hari berturut-turut. Aktiviti yang memerlukan para penuntut berkomunikasi dan menjawab semua soalan dalam Bahasa Arab sekaligus menyemai semangat setia kawan dan kebolehan menggunakan kamus Arab dan guru-guru mata pelajaran Bahasa Arab sebagai rujukan sepanjang aktiviti ini diadakan.
.
Taklimat ringkas dari pegawai muzium
.





.
U.Zaghloul buat aperr tu ??
.
.
Keris dalam Bahasa Arab apa ah ?
.
.
4 peringkat kehidupan Rama-Rama dalam Bahasa Arab apa ah ??
.
.
Bukan ani..galeri lain ni jawapannya..
.



.
Kumpulan yang diwakili oleh Amirul Fakhry, Abd Hafiz dan Norashiqin berjaya menjadi pemenang hari pertama dengan menjawab kesemua soalan dalam 5 buah galeri yang ada
.