Rabu, Mac 31, 2010

Ceramah Kesan Dadah !

Ceramah Kesan Dadah Kepada Kesihatan Mental
Penceramah undangan : Hj Zulkifli bin Hj Dullah
Penolong Pegawai Unit Kaunseling, Kementerian Kesihatan.
30hb Mac 2010
SMALHB
.
Satu lagi ceramah bertemakan kesan dadah telahpun berlangsung pada sebelah petang 30hb Mac 2010 yang lalu dengan mengundang penceramah dari Kementerian Kesihatan.
.
.
Antara objektif ceramah tersebut ialah :
.
1. Menyampaikan maklumat tentang penyalahgunaan dadah yang membawa kesan buruk kepada semua individu.
.
2. Mengingatkan semua pelajar untuk sentiasa menghindarkan diri dari najis dadah yang juga seteru negara.
.

.
Majlis ini diteruskan dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang Peraduan Melukis Poster bertemakan kesan dadah antara kelas-kelas Pra U-I yang telah dibukakan sebelum cuti penggal pertama iaitu 6 hingga 15 Mac 2010 yang lalu. Tempat pertama dalam peraduan tersebut ialah dari - Kelas Pra U-I Sains Ramadi diikuti dengan Pra U-I Syariah Akhdar dan Pra U-I Syariah Zabarjadi di tempat keduan dan ketiga.
.

SMALHB Hadiri Ceramah di UBD

Majlis Ceramah Khas "Kembali Kepada Paradigma Al-Quran"
oleh YB Tan sri Profesor Dr. Mohd Kamal bin Hassan
Penceramah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tempat : Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD
30hb Mac 2010M - Selasa
.
Foto & Teks oleh : NorAzriah binti Haji Abd Aziz
.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Jatsiyah ayat 20 kira-kira bermaksud : "Al-Quran ini menjadi panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayah serta membawa rahmat bagi kaum yang mahu meyakininya".
.
Isi Al-Quran merupakan ilmu yang tertinggi dan selayaknya diberi perhatian yang jitu tetapi malangnya sebahagian manusia hari ini lalai dan lebih mementingkan pencapaian ilmu duniawi. Perkara ini telah ditekankan oleh penceramah jemputan dalam ceramah beliau yang berjaya mengumpulkan sejumlah mahasiswa-mahasiswi dan pelajar-pelajar dadri pelbagai institusi-institusi negara ini. SMALHB tidak ketinggalan mewakilkan seramai 6 orang wakil terdiri dari pelajar-pelajar Pra-U I dan 2 orang guru.
.

.
Antara perkara yang ditegaskan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Profesor ialah kegagalan dalam mendalami ilmu pengetahuan adalah berikutan ketandusan aspek kerohanian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan ketenangan hati selain aspek moral dan etika seseorang individu. Ini kerana hakikat rohani lebih penting dari hakikat zahiriah seperti Qalbun Salim (hati yang suci)
.

Gaya Hidup Sihat

Ceramah Gaya Hidup Sihat & Senam Robik
Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan
30hb Mac 2010M - Selasa
SMALHB
.
Satu ceramah dan kongsisama maklumat kesihatan telah berlangsung di dewan SMALHB yang telah disampaikan oleh Cikgu Hjh Jamilah binti Hj Ali, Pegawai Pelajaran Kanan, Unit Mempromosi Kesihatan, Jabatan Sekolah-sekolah, Kem. Pendidikan.
.
.
Antara objektif ceramah tersebut ialah :
.
1. Memberikan maklumat yang berguna tentang kesihatan kepada warga SMALHB.
.
2. Berkongsi sama cara-cara penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.
.
3. Pentingnya promosi kesihatan dalam pendidikan di sekolah.
.
.
Beberapa soalan dikemukakan oleh penuntut-penuntut
.
.
Antara yang ditekankan oleh penceramah ialah :
.
1.Kesihatan yang terjaga menjamin keseimbangan dalam prestasi dan kejayaan masa depan
.
2.Kesihatan yang baik memberi kesan positif kepada orang perseorangan, keluarga, masyarakat dan negara.
.
3. Pendidikan dan Kesihatan tidak boleh dipisahkan
.
4. Promosi Kesihatan adalah seperti membuat pelaburan yang akan memberi keuntungan yang tinggi.
.

.
Acara diteruskan lagi dengan senam robik kesihatan diketuai oleh Ketua Unit Sukan 2009/2010M Mohd Yunos bin Mohammad.
.


Ahad, Mac 28, 2010

Kelab Kembara/Fotografi dan KNK

Kembara ke Kampong Ayer
Kelab Kembara dan Fotografi
26 Mac 2010M - Jumaat
.
Kelab Kembara dan Fotografi SMALHB meneruskan projek mereka di musim cuti persekolahan lalu dengan menyusur Kampong Ayer di ibu negara. Kampong Ayer mempunyai lebih 29,140 meter panjang jambatan menghubungkan satu kampung dengan kampung yang lain juga dikenali di seluruh dunia sebagai "Venice of Asia" kerana lokasinya yang strategik meliputi kawasan Sungai Brunei.
.
.
Antara salah satu daya tarikan pelancong ialah Jong Batu yang dikatakan bekas sumpahan kapal anak derhaka, Nakhoda Manis.
.
.
Pusat Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer mempamerkan sejarah-sejarah peradaban dan keunikan Kampong Ayer terletak di tengah-tengah bandar.
.




.
Pulau Lumut Lunting berhampiran dengan Kampong Bolkiah B simpan sejarahnya tersendiri.
.
.
Kelab Kembara dan Fotografi meneruskan jelajah KNK mereka ke kawasan Kampong Pelambayan ke tempat peternakan ikan Selongsong dan ikan Putih.
.


Khamis, Mac 25, 2010

Kelab Kembara/Fotografi & FUGEN ke Merimbun

Riadhah Ke Tasek Merimbun
Kelab Kembara/Fotografi & FUGEN
20hb Mac 2010 - Sabtu
.
Foto oleh : Ahli-ahli Kelab Kembara/Fotografi
.
Sebagai salah satu aktiviti mengisi program di waktu cuti persekolahan penggal pertama, Kelab Kembara/Fotografi & FUGEN yang bernaung di bawah Ko-Kurikulum telah mengungkayahkan program Kenali Negara Kita (KNK) ke Taman Warisan Negara Tasek Merimbun di kawasan pendalaman di daerah Tutong. Seramai 60 orang ahli termasuk beberapa orang guru ikut serta dalam ekspidisi KNK ini.
.
.
Tasek Merimbun diisytiharkan sebagai taman warisan negara pada tahun 1984. Kawasan seluas 8000 hektar ini kaya dengan flora dan fauna dengan tasek yang indah aliran dari 2 batang sungai iaitu Sungai Meluncur dan Sungai Bang Oncom.
.


.
Potong kayu nya betul-betul ya~
.

.
Bagi pencinta flora dan fauna yang ingin menaiki bot menyusur tasek Merimbun dikenakan bayaran sebanyak 3 Ringgit setiap seorang. Antara menjadi tarikan pengunjung di kawasan taman ini ialah Lagenda Labi-Labi yang akhirnya bertukar menjadi sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Labi-Labi yang terletak di tengah tasek ini.
.
.
Antara aktiviti berpasukan pada hari tersebut ialah "Balang Ajaib" dan "Pingpong" di mana permainan pertama dimenangi oleh kumpulan lelaki.
.
.
macamana si Amin kan menggayakan "Sang Mantan" ani ah ?
.

.
Eseyman~
.


Ahad, Mac 21, 2010

Majlis Mengenang Jasa

Majlis Mengenang Jasa
18hb Mac 2010M - Khamis
Dewan Makan SMALHB
.
Seramai 2 orang warga SMALHB telah diraikan dalam satu majlis mengenang jasa dan perpisahan pada hari terakhir penggal persekolahan yang pertama yang lalu di mana kedua-duanya ( U. Noraini binti Abd Hamid dan Haji Osman bin Haji Nayan ) telah berpindah tempat bertugas.
.


.
Pengetua SMALHB di dalam ucapannya yang ringkas dan mencuit hati mengenang kembali jasa-jasa kedua-dua yang diraikan terhadap perkembangan SMALHB
.



.
Ucapan ringkas bermakna dari wakil yang diraikan
.


.
Pada bulan ini juga, seramai 11 orang pegawai dan seorang kakitangan pejabat SMALHB yang menyambut tarikh lahir jatuh pada bulan Mac diraikan dengan acara memotong kek hari jadi yang ditempah khas.
.





.
Selamat hari jadi kepada warga March-ians
.