Selasa, September 29, 2009

Majlis Memperingati 50 Tahun Perlembagaan Bertulis 1959

Majlis Memperingati 50 Tahun
Perlembagaan Brunei 1959
29 September 2009 - Selasa
Dewan SMALHB
.
Demi mengingati jerih payah keringat dan usaha Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien III hingga termaktubnya Perlembagaan Bertulis Brunei pada 29 September 1959 yang lalu, genap 50 tahun usia perlembagaan tersebut, SMALHB mengadakan sambutan memperingati hari bersejarah itu pada hari kedua persekolahan penggal keempat.
.
Salah satu kandungan dalam perlembagaan bertulis 1959 adalah Agama Islam adalah agama rasmi di negara Brunei Darussalam.
.
.
Antara tujuan majlis diadakan ialah memperingati perjuangan hingga Agama Islam berjaya menjadi tunjang negara dan keluar dari campur tangan residen British selama ini. Ianya juga sebagai ristaan semua generasi khususnya para pelajar.
.
.
Bertitik-tolak dari perjuangan itulah, SMALHB dengan inisiatif warga-warganya meraikan sejarah yang telah 50 tahun berlalu tetapi malar segar di ingatan rakyat semua sebagai tanda kesyukuran menjadikan Brunei Darussalam negara berdaulat dengan Islam sebagai nadi.
.
Acara pagi itu dimulakan dengan Sembahyang Hajat dan doa tolak bala dipimpin oleh Ustaz Zaghloul. Acara diteruskan dengan bacaan Al-Quran 30 juz oleh warga SMALHB dan doa khatam Al-Quran.
.








.
Pihak media juga turut memberi liputan dan kerjasama sepanjang majlis berlangsung
.
.
Selesai sahaja jamuan, acara diteruskan lagi dengan forum khas dengan berpaksikan tajuk "Perlembagaan 1959 Asas Pengukuhan Agama Islam Di Negara Brunei Darussalam". 3 ahli panel jemputan ialah Awang Haji Mohaimin bin Haji Mohammad (Timbalan Pengetua Pusat Sejarah), U. Noralizam bin Haji Aliakbar (Pusat Dakwah Islamiyyah) dan U. Haji Hambali Haji Jaili (SMALHB) dan dipengerusikan oleh Cikgu Haji Awang Aji Haji Hamdan.
.








.
Acara diteruskan lagi pada sebelah petang dengan membaca Surah Yassin, Tahlil, Ratib Al-Attas dan doa oleh para pelajar dan guru-guru SMALHB bertempat di dewan yang sama.


Selamat Belayar Ke Mesir

Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Al-Azhar
28hb September 2009M-Isnin
Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas
8.00 malam
.
Seramai 15 orang lepasan SMALHB yang memperolehi keputusan MUMTAZ dalam STPUB yang lalu telah berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar dalam pelbagai bidang selama 4 tahun di bawah biasiswa KHEU dan seorang pelajar dianugerahkan biasiswa 'Sultan Scholar'.
.
.
Antara wajah-wajah ceria sebelum berangkat meninggalkan tanahair
.
.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima biasiswa tahun ini dan SMALHB mendoakan agar para pelajar akan lebih tekun berusaha dan belajar berdikari di bumi Anbiya' serta pulang dengan kejayaan yang membanggakan~
.
Pelajar-pelajar SMALHB yang menerima Biasiswa KHEU & Sultan Scholar* terdiri dari :
1-Abdurrahman Haji Emran
2-Ak Mohammad Daud Pg Matassan
3-Abdul Qawiy Haji Ismail
4-Aimi Amalina Abdullah
5-Syairah Haji Salim
6-Nasriah Ruslan
7-Zahirah Hambali
8-Nabilah Rosmasayu Metusin
9-Noorintan Kamis
10-Dk Norhidayati Pg Haji Othman
11-Siti Nuraimee Abdul Rahman
12-Bibie Marliana Haji Mohd. Dagong
13-Fairuz Haji Abdul Rahman
14-Nor Rajiah Aji
15-Rabviyatul Adauyah@Zahidah Haji Awang *
..

foto : dari salah seorang penerima biasiswa & Arkib Pelita Brunei

Rabu, September 23, 2009

Selamat Hari Guru 2009M

23hb September 2009M - Rabu
.
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMALHB~
.
Yang masih ada, kita syukuri..
Yang sudah tiada kita kenangi..
.
.
Imam Ghazali pernah berkata bahawa :
.
" Hak Guru lebih agung dari ibu bapa sebab orang tua penyebab adanya kita hari ini dan kehidupan yang fana. Sementara guru adalah penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya... "
.
.

Isnin, September 21, 2009

Salam Aidilfitri Dari SMALHB

21hb September 2009 - 1 Syawal 1430H
Isnin
.
SMALHB mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua warga SMALHB di mana jua berada dan kaum muslimin-muslimat..
Maaf Zahir dan Batin~

.

Seorang Pelajar SMALHB Antara Penerima Anugerah Biasiswa 'Sultan Scholar'

Majlis Pengurniaan Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ YSHHB
Istana Nurul Iman
17 September 2009M - Khamis
.
.
KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) kepada lima orang penuntut yang cemerlang.
.
.
Biasiswa ‘Sultan Scholar’ merupakan biasiswa yang berprestij dan hanya dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang telah dikenal pasti oleh YSHHB dan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang ke peringkat ijazah atau yang sebanding dengannya di institut-institut pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh YSHHB dan diiktiraf.
.
.
Majlis Penganugerahan Biasiswa ‘Sultan Scholar’ YSHHB bagi sesi pengajian 2009/2010M berlangsung di Istana Nurul Iman. 5 pelajar penerima Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ ialah Awang Muhammad Ayyub bin Haji Kamaludin, Awangku Haji Mohammad Zaki bin Pengiran Dato Paduka Haji Zaini@Awangku Abdul ‘Aleem, Dayang Nur ‘Amirah binti Ibarahim, Dayang Nur Amirah Izzati binti Hj Mohd. Noor dan Dayang Rabviyatul Adawyah@Zahidah binti Haji Awang.
.
.
Dayang Rabviyatul Adawyah@Zahidah binti Haji Awang (berdiri di tengah) merupakan penuntut lepasan SMALHB dan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah yang akan berangkat pada minggu hadapan.
.
.
Tahniah diucapkan kepada wakil SMALHB kerana kejayaan beliau di atas usahanya dalam peperiksaan STPUB dengan 8 matapelajaran mumtaz (cemerlang).

Rabu, September 16, 2009

Khatam Al-Quran & Tahlil Meriah

Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil & Sumbangan Derma Kepada Pelajar-Pelajar Berkeperluan
12 September 2009M - Sabtu
Jame 'Asr Hassanal Bolkiah, Kg. Kiarong.
.
Sebagai tirai penutup penggal persekolahan ketiga di musim bulan Ramadan dan cuti khas aidilfitri, SMALHB di bawah bahagian ko-kurikulum mengungkayahkan satu majlis Khatam Al-Quran dan tahlil seterusnya sumbangan kepada beberapa orang pelajar di satu majlis yang meriah bertempat di Jame 'Asr Hassanal Bolkiah di ibu negara.
.




.
Acara dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dipimpin oleh Timbalan Pengetua Akademik SMALHB, U. Abdullah bin Haji Mohammad dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh semua pelajar dan guru.
.




.
Takhtim dipimpin oleh kumpulan Syababul Quran SMALHB diketuai oleh Ahmad Zulwaqar bin Suhaili.
.





.
Bagi memberkati majlis, doa Khatam Al-Quran dan doa tahlil dibacakan oleh U. Ak. Haji Asmadi Pg Haji Aliuddin.
.

.
Acara dimeriahkan lagi dengan Dikir Marhaban beramai-ramai diselajurkan dengan pengagihan bunga-bunga telor oleh Pemangku Pengetua dan Timbalan Pengetua Akademik.
.













.
Sebelum majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman, sumbangan derma kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas sudi disampaikan oleh Pemangku Pengetua kepada 9 orang pelajar tingkatan 6 Bawah.
.







.
Orang-orang kuat di belakang tabir majlis ini...
.