Isnin, Ogos 31, 2009

Rakaman RTB untuk Hari Guru

Pihak RTB Membuat Rakaman untuk Sambutan Hari Guru
Hari Isnin, 31 Ogos 2009
.
Beberapa pelajar dan guru SMALHB telah diberi kesempatan untuk memberikan ucapan hari guru oleh pihak dari RTB. Rakaman ini akan disiarkan pada hari sebelum sambutan Hari Guru diadakan iaitu pada 22 September 2009 dan pada 4 November 2009.







Ahad, Ogos 30, 2009

STPUB bermula...

Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei 2009M
29hb Ogos 2009 hingga 12hb September 2009M
Dewan Besar SMALHB
.
SMALHB, Pemangku Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua, Guru-Guru Kanan dan semua Guru-Guru mengucapkan "Selamat Berjuang" kepada semua calon-calon STPUB. Semoga mendapat kejayaan cemerlang. Bittaufik Wannajah..
.




Rabu, Ogos 26, 2009

Penyampaian Sumbangan Berupa Makanan Kepada Pelajar-Pelajar Asrama

Majlis Penyampaian Sumbangan Pihak Sekolah & Guru-guru sempena Bulan Ramadhan khusus kepada pelajar-pelajar Asrama lelaki dan Perempuan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar SMALHB.
Hari Rabu, 26 Ogos 2009
.
Antara tujuan majlis ini diungkayahkan ialah bagi memotivasikan pelajar asrama agar lebih tekun belajar menghadapi peperiksaan yang menjelang tiba, sebagai tanda keprihatinan guru-guru dan pihak sekolah kepada pelajar asrama dan merebut peluang keemasan untuk memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan yang mubarak ini.





Antara wakil pelajar asrama lelaki yang menerima sumbangan.





Antara wakil pelajar asrama perempuan yang menerima sumbangan.









Tadarus Di Istana Nurul Iman

Majlis Bertadarus Di Istana Nurul Iman
Surau Istana Nurul Iman
25hb Ogos 2009M - Selasa
.

Seperti kelaziman pada tiap tahun di bulan Ramadan, SMALHB dijemput menyemarakkan lagi acara keagamaan dengan majlis Bertadarus mengkhatam 30 juz Al-Quran. SMALHB diketuai oleh Timbalan Pengetua Akademik bagi pasukan lelaki. Manakala pasukan perempuan diketuai oleh Pemangku Pengetua sendiri.
.

Sama-sama menunaikan sembahyang Fardhu Isyak, Sunat Terawih dan Witir sebelum memulakan tadarus
.








Jumaat, Ogos 21, 2009

Ramadan Kareem


SMALHB mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Musim 1430H
.
"Semoga segala amalan kita akan sentiasa diberkati"
.
Ikhlas dari
SMALHB
.
.
May this Ramadan be a month of blessings, a month full of forgivenesses and guidances for you and your family

Pembentangan Ilmiah Capai Objektif

Pembentangan Kertas Kerja Ilmiah
Produk Halal / Brunei Halal
20hb Ogos 2009M - Khamis
Dewan SMALHB
.
Bagi menguji sejauhmana hasil dan perolehan yang dikutip oleh para pelajar tingkatan 6 bawah dalam lawatan sambil belajar ke Ekspo Produk Halal Antarabangsa di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 1hb Ogos yang lalu, SMALHB di bawah kelolaan Bahagian Ko-Kurikulum dan Jabatan Bahasa Arab telah menganjurkan Peraduan "Pembentangan Kertas Kerja Ilmiah - Berkonsepkan Produk Halal".
.

.
Ani keraja bisdurang di belakang pentas rupanya...
.

.
Pertandingan berlangsung di dalam bahasa Arab dengan memperuntukkan masa 7-10 minit bagi setiap kelas dengan menggunakan alat bantu yang bersesuaian seperti projektor, 'power point', kad tayang, lakonan dan sebagainya.
.
.
Sebelum acara bermula...
.

.
Ketua Jabatan Bahasa Arab, U. Ak Hj Asmady dalam ucapannya di dalam Bahasa Arab menyentuh tentang objektif pertandingan diadakan antaranya ; sebagai platform para pelajar mengembangkan kreativiti Bahasa Arab, tampil berani di khalayak umum dan mempupuk rasa setia kawan dalam mengungkayahkan projek berkumpulan. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menyumbangkan segala idea-idea, tenaga dan masa sebelum dan sepanjang pertandingan berlangsung.
.
.
Hakim-hakim pertandingan ; U. Ali Moustapha hakim jemputan dari SUAMP RIPAD mengadili sudut Afkar Raisiah (Idea), U. Zaghloul dari sudut Fasahah (Petah) dan U. Ak. Mohd Shahrin dari sudut Ibtida' (Kreativiti)
.
.
Penjaga masa..
.
.
Gelagat-gelagat para penuntut sewaktu pertandingan....
.




.
Serius jua Limin ?
.









.
Wahh~~gaya kumpulan juara siap ada iklan promosi Nestle....nasib alum puasa..
.

.
Kreatifnya dayang-dayang ani menampi padi laila di atas pentas ? :-)
.
.
" Hati-hati ya kerjanya..jangan sampei ditangkap polisi..kita kan nggak ada permit.. "
.
.
Banyak ulih si dayang menampi ?
.
.
Pelancong arab menjenguk hasil penuaian beras laila~
.







.
Si Thaqif promo madu..yang hebatnya siap promo madu untuk orang kahwin pun ada...hehe~
.







.
Makanlah Al-Habbatussauda' kalau anda rasa keletihan~hehe..setidi org berlakon jadi pengetua sama jadi cigu atu eh...
.
.
Al-Habbatussauda' - baik punya~~
.




.
Hakim jemputan dari SUAMP RIPAD menyatakan rasa puas hati dengan langkah dan inisiatif pertandingan yang dianjurkan oleh Ko-Kurikulum dan Jabatan Bahasa Arab ini dan akan mempraktikkannya di SUAMP RIPAD.
.







.
Si Abdul Baar ternganga terkesima pasal apa ah ?
.




.
Keputusan bagi Pertandingan Kertas Kerja Ilmiah ialah :
.
Johan - Usuluddin Rummani - Nestle 91%
Kedua - Syariah Akhdar - Beras Laila Brunei 89.5%
Ketiga - Usuluddin Banafsaji - Al 'Asal (madu) 83%
.






.
Pengetua juga berkesudian menyampaikan hadiah kepada beberapa pertandingan yang diadakan sebelum ini. Antaranya ialah :
.
Terbaik Keseluruhan Asramaku Sayang :
Asrama Putera : Tingkat 1 bilik A4 (Md.Faizul Izzat,Sokhrati&Yusrizal) 66%
Asrama Puteri : Blok A bawah 86.5%
.

.
Manakala bagi kategori individu asrama puteri, pemenangnya adalah :
1.Seri Ramizah Metussin 91%
2.Nur Athirah Kassim 90%
3.Nurliyana Ahmad 86%
.

.
Peraduan Khat Kategori Thuluth -
1.Md.Ariffin bin Abd Kahar - Usuluddin Rummani
2.NurHidayat Hj Md Tasdi - Syariah Bunni
3.Md.Hanief Hj Japar - Usuluddin Banafsaji
.
Peraduan Khat Kategori Nasakh -
1.Ahmad Mukram Hanafi - Syariah Bunni
2.Md.Haikal Abdul Hamid - Syariah Burtuqali
3.Md.Syakir Farhan Hj Omar - Usuluddin Rummani
.
Peraduan Khat Kategori Diwani -
1.Ahmad Dhioul Islam Hj Abd.Kadir - Sains Ramadi
2.Md.Hanief Hj Japar - Usuluddin Banafsaji
.
Peraduan Sajak -
1.Md.Khairee Hj Saban - Syariah Bunni
2.Maizatul Akhmam Ramli - Syariah Akhdar
3.Siti Nazehah Hj Zaini - Syariah Akhdar
.
Peraduan Menulis Insya -
1. Rummani 87%
2.Burunzi 83.5%
3.Bunni 83%
.
Timbalan Pengetua Akademik berkesudian menyampaikan cenderahati kepada hakim jemputan
.