Isnin, Mei 25, 2009

Pertandingan Futsal Senegara Zon 1

Pertandingan Futsal Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab Senegara Zon 1
Anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum
Tuan Rumah : Sekolah Menengah SMJA
25hb Mei 2009M - Isnin
Peringkat Saringan
.
Buat julung-julung kalinya, SMALHB telah dijemput menyertai Pertandingan Futsal bertempat di padang futsal, SMJA bertanding bersama-sama sekolah-sekolah / maktab kawasan zon 1. Seramai 10 orang pemain SMALHB terdiri dari pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 6 Bawah dengan seorang jurulatih membuat persiapan selama lebih kurang seminggu dari segi ketahanan fizikal dan teknik bagi kategori C (iaitu berumur 16-18 tahun).
.
.
SMALHB pada hari pertama telah bertemu dengan Sekolah Menengah Chung Hwa dengan menang berkesudahan 4-2. Kamal Ariffin menjaringkan gol pertama dan keduanya di masa pertama. Manakala di masa kedua, dia mencipta hatrik. Gol keempat dijaringkan oleh Ak. Md Nurhafizan.
.
.
.
Perlawanan seterusnya mempertemukan SMALHB dengan Sekolah St. Andrews. Kapten pasukan SMALHB, Amil Zayyan berjaya mencipta hatrik dengan satu jaringan menembusi gawang lawan di masa yang pertama dan dua jaringan di masa kedua. Dua gol lagi telah berjaya dijaringkan oleh Ak. Md Nurhafizan dan Ak. Md Hafizul Hanif di masa kedua. Keputusan di akhir perlawanan adalah 5-0. Dengan kejayaan di hari pertama ini, pasukan SMALHB berjaya melayakkan diri ke separuh akhir pada keesokan harinya di tempat yang sama.
.




.
.
Pertandingan Futsal Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab Senegara Zon 1
Anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum
Tuan Rumah : Sekolah Menengah SMJA
26hb Mei 2009M - Selasa
Peringkat Separuh Akhir

.
Pada peringkat separuh akhir, SMALHB dipertemukan dengan Sekolah Sukan. Sekolah Sukan yang dikenali dengan teknik permainan yang progresif dan lincah menguasai padang sepanjang perlawanan.
.

.
Pertandingan berakhir dengan Sekolah Sukan menang ke atas SMALHB dengan jaringan 8-0 sekaligus menjadikan kedudukan SMALHB berada di tempat keempat secara keseluruhan. Juara Futsal Kategori C disandang oleh Sekolah Sukan.
.
.
Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain SMALHB yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen jitu walaupun berada di musim peperiksaan. Semoga pertandingan-pertandingan seperti ini akan terus diadakan supaya SMALHB terus menimba pengalaman dengan penyertaannya bersama sekolah-sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan yang lain.


Ahad, Mei 24, 2009

Kelab Tenaga SMALHB julang trofi,sijil dan $1000

Majlis Pelancaran Hari Tenaga dan Pesta Tenaga 2009
Penganjur : Bahagian Tenaga di Jabatan Perdana Menteri
Tetamu Kehormat : Menteri Tenaga, Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Haji Mohammad Haji Daud
Tempat : Taman Haji Sir Muda 'Omar Ali Saifuddien, BSB
24hb Mei 2009M
.
Brunei Darussalam pada tiap 24hb Mei dengan rasminya menyambut Hari Tenaga. Pelancaran yang dirasmikan oleh Menteri Tenaga itu sedari awal 7.30 pagi lagi dibanjiri oleh orang ramai.
.


.
Sebelum acara di taman mengambil tempat, lebih 200 orang dari Persatuan Tenaga Brunei (BenA) Kementerian Tenaga dan beberapa agensi kerajaan menyertai dalam acara Bikeathon yang bermula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas dan berakhir di taman berkenaan.
.

.
Turut berangkat menyaksikan pelancaran itu, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafari.
.

..
.
.
.
Di majlis itu juga, penyampaian anugerah contoh Inisiatif bagi kecekapan dan penjimatan tenaga dalam tiga kategori iaitu bagi Sektor Bangunan Kerajaan, Sektor Bangunan Komersial dan Sektor Bangunan Pendidikan disampaikan oleh tetamu kehormat.
.
.
SMALHB melalui Kelab Tenaganya dianugerahkan dengan Anugerah Contoh Inisiatif Bagi Kecekapan dan Penjimatan Tenaga bagi Sektor Bangunan Pendidikan dengan membawa pulang sebuah trofi kristal, wang tunai $1000 dan juga sijil pengiktirafan.
.
.
Pemangku Pengetua, Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Ketua Kelab Tenaga SMALHB berbesar hati dengan pengiktirafan tersebut.
.
.
Pada pagi itu juga, ahli Kelab Tenaga SMALHB terdiri dari pelajar-pelajar SMALHB diberikan penghormatan untuk menghakimi perlawanan projek-projek di Pesta Tenaga. Ini membuktikan bahawa SMALHB mampu membuka mata masyarakat amnya di mana ia bukan sahaja menitik-beratkan soal-soal ukhrawi tetapi juga melahirkan cendiakawan-cendiakawan berkaliber dalam soal-soal duniawi khususnya matapelajaran Sains dan Pengetahuan Am.
.




.
Tahniah kepada SMALHB dengan kejayaan yang diraih. Semoga SMALHB terus unggul dengan inovasi-inovasi yang bakal dicetus di masa-masa akan datang. Amin..
.
.
Keputusan Anugerah Contoh Kategori Sektor :
.
Bangunan Kerajaan - Bahagian Tenaga, JPM
Bangunan Komersial - Empire Hotel & Country Club
Bangunan Pendidikan - SMALHB & Sek. Men. Persatuan Guru-Guru Melayu


Jumaat, Mei 22, 2009

Bermulanya Musim Peperiksaan

Peperiksaan Kelayakan STPUB 09M dan Peperiksaan Setengah Tahun
Bermula : 23hb Mei 2009M (Bertulis)
SMALHB
.
Bermula pada 23hb Mei 2009M yang lalu, semua pelajar Tingkatan 6 Atas SMALHB menduduki peperiksaan kelayakan STPUB hingga 8hb Jun 2009M. Peperiksaan kelayakan ini adalah untuk menguji tahap kemampuan para pelajar menguasai segala perisian mata pelajaran sepanjang lebih kurang setahun setengah belajar di SMALHB sebelum menjelang peperiksaan STPUB yang sebenar pada awal Ogos nanti.
.


.
Manakala bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 Bawah pula, peperiksaan setengah tahun juga diadakan bermula pada tarikh yang sama hingga 8hb Jun 2009 (aliran Syariah dan Usuluddin) dan hingga 10hb Jun 2009M (bagi pelajar-pelajar aliran Sains).
.

.
SMALHB dan guru-guru khasnya turut mendoakan kejayaan semua pelajar mudah-mudahan SMALHB amnya terus berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dari segi akademik dan ko-kurikulumnya. Amin...





SMALHB & SUAMP RIPAD Johan Tausyeh 2009M

Pertandingan Peringkat Akhir Tausyeh 1430H/2009M kali ke 4
Penganjur : Rangkaian Nur Islam, RTB
22 Mei 2009M - Jumaat
8 malam - Dewan Raya Radio Televisyen Brunei
.
Untuk kali keempat, Nur Islam berjaya menganjurkan Pertandingan Tausyeh sebagai salah satu usaha dakwah dan hiburan alternatif ilmiah mengajak para belia remaja khususnya menyemai semangat kecintaan terhadap junjungan besar SAW melalui puji-pujian dan selawat ke atas Baginda.
.
Dari 35 buah pasukan yang bertanding, 8 pasukan berjaya menjadi finalis di mana SMALHB diwakili oleh kumpulan Al-Abqariyyun dan Badi'atul Jama'ah.

Hadir menjadi tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan isteri, Yang Mulia Datin Hajah Alimah binti Haji Mohd Taib.


.
Al-Abqariyyun yang membawa erti (Cendikiawan-cendikiawan yang bijak) diwakili oleh 7 pelajar lelaki Tingkatan 6 Bawah menjadi peserta pertama membuat persembahan. Dengan membawakan tausyeh bertajuk " Dawini ", kumpulan ini berjaya menambat hati para juri hingga layak dinobatkan sebagai juara kategori lelaki.
.
.
Manakala Lu'lu Ul Munawwar yang bermaksud (Mutiara Berkilau) wakil dari SUAMP RIPAD merangkul kejuaraan bagi kategori perempuan dengan mempertaruhkan lagu " Ya Rabbi Antal Hadi ".
.


.
Juara setiap kategori membawa pulang Piala, Sijil Penyertaan dan wang tunai $3000.
.
.
Pertandingan Tausyeh yang bersiaran langsung di RTB 2 dan siaran Nur Islam ini juga bertujuan untuk diperkembangkan serta dikekalkan menjadi satu projek yang berkesinambungan di Siaran Nur Islam dalam melaksanakan peranan dakwah Islamiah, pemangkin ilmu dan wadah penciptaan kesenian Islam yang indah.
.


.
Ketika diwawancara dari The Brunei Times, Al-Abqariyyun sendiri tidak menyangka akan berjaya memandangkan semua pasukan yang bertanding memberikan persembahan yang bertenaga dan mantap pada malam itu di samping tekanan dan juga waktu latihan yang amat terhad kerana berada di musim peperiksaan pertengahan tahun.
.
.
Lu'Lu Ul Munawwar bersama rakan-rakan dan guru-guru yang hadir memberi sokongan.
.

.
Alfu Mabruk ikhlas dari warga SMALHB kepada Al-Abqariyyun dan Lu'Lu Ul Munawwar serta semua finalis pada malam tersebut. Ilal Majdi Wal 'Ula..
.
Keputusan Penuh :
.
Kategori Lelaki-
Johan : Al-Abqariyyun
Kedua : Al-Muhazzibun
Ketiga : An-Najwan
Keempat : Syababul Ma'Had
.
Kategori Perempuan-
Johan : Lu'Lu Ul Munawwar
Kedua : Al-Helwah
Ketiga : Al-Akmam
Keempat : Badi'atul Jama'ah

Rabu, Mei 20, 2009

SUT buat tinjauan ke SMALHB

Lawatan SUT di Kementeian HEU ke SMALHB
20hb Mei 2009M - Rabu
10.30 pagi hingga 1.00 Tengahari
.
Lawatan kerja Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, YM Awang Haji Mohd Mahdi bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman ke SMALHB dialu-alukan oleh Pemangku Pengetua SMALHB, timbalan-timbalannya dan guru-guru kanan.Turut mengalu-alukan lawatan tersebut ialah pemangku pengarah JPI dan pegawai-pegawai JPI.
.

.
YM SUT sempat melawat Galeri SMALHB yang baru dibuka kira-kira sebulan lalu di Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil STPUB sesi 2008M.
.
.
Antara yang menarik perhatian YM SUT dalam lawatan kerjanya adalah infrastruktur-infrastruktur di SMALHB yang telah uzur dan perlukan kepada pembaikan segera seperti tandas, pagar sekolah dan parit sepanjang kawasan sekolah memandangkan usia SMALHB yang telah menjangkau lebih dari 40 tahun dan belum pernah ada pemulihan bangunan sebelum ini.
.
.
YM SUT juga sempat melawat beberapa buah kelas di blok Tingkatan 6 Bawah dan meninjau pembelajaran mereka sebelum peperiksaan pertengahan tahun dijalankan.
.
.
Menurut YM SUT, SMALHB perlukan kepada pembaikan dan pemulihan terutama tandas, parit dan pagar sekolah serta beberapa bahagian sekolah yang mengalami kebocoran. Lawatan berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari.
.

.
Semoga dengan lawatan kerja ini akan dapat membantu kebajikan SMALHB secara amnya dari segi bangunan dan fasiliti-fasiliti keselesaan warga SMALHB.