Khamis, April 30, 2009

Majlis Mengenang Jasa

Mengenang Jasa
Warga-Warga SMALHB Yang Berpindah Tempat Tugas & Bersara
30hb April 2009M - Khamis
Dewan Besar SMALHB
.
Satu majlis mengenang jasa kepada beberapa pegawai dan kakitangan SMALHB yang berpindah tempat tugas dan kakitangan yang bersara diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Di awal kalam Timbalan Pengetua Pentadbiran dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang bertugas di SMALHB.
.
.
Ustazah Hajah Tiamah yang berpindah ke Jabatan Kenaziran memberikan ucapan wakil dari warga SMALHB yang diraikan.
.
.
Ustaz Haji Mohd Kaharuddin dipindah bertugas ke Mahkamah Syariah dalam ucapannya berterima kasih kepada pihak SMALHB yang telah banyak memberikannya peluang dan menimba pengalaman sepanjang bertugas di sekolah.
.
.
Salah seorang kakitangan SMALHB yang juga ketua tukang masak SMALHB ditugaskan berpindah ke Ma'Had Islam Brunei.
.

.
Pemangku Timbalan Pengetua Akademik berkesudian memberikan cenderahati kepada salah seorang kakitangan SMALHB yang telah bersara.
.

Khalid Ibn Al-Walid Juara Keseluruhan 2009M

Majlis Penutup Sukan Ria
&
Penyampaian Hadiah-Hadiah Sukan
25hb April 2009M - 2.30 Petang
Dewan SMALHB
.
Sebelum tirai minggu sukan tahunan dan sukan ria SMALHB melabuh tirai secara rasmi, satu majlis rasmi penutup minggu sukan seterusnya penyampaian dan pengumuman hadiah-hadiah terbaik berlangsung pada sebelah petang, 25hb April 2009M di Dewan Besar SMALHB.
.

.
Timbalan Pengetua Pentadbiran SMALHB telah berkesudian menjadi tetamu kehormat berucap bahawa kejayaan akademik seseorang pelajar itu adalah seiring dengan keaktifan di dalam bidang ko-kurikulum seperti kata-kata hikmah yang menyebutkan bahawa "Akal Yang Sihat Itu Lahir Dari Tubuh Badan Yang Sihat". Beliau juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan 3 majlis dalam 1 waktu sepanjang minggu sukan diadakan.

.
Atlet terbaik pelajar lelaki 2009M telah dianugerahkan kepada Zunorin Bin Abd Rahman dari Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru).
.
.
Manakala Anugerah Atlet Pelajar Perempuan Terbaik minggu sukan 2009M jatuh kepada Siti Nazehah binti Haji Zaini dari Rumah Hamzah bin Abd. Mutalib (Hijau).
.
.
Atlet Guru Lelaki Terbaik Minggu sukan 2009M dinobatkan kepada U. Ak Mohd Shahrin bin Pg Haji Shamsuddin dari Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru).
.
.
C. Nur Al-Ashikin binti Dr. Haji Abdullah dari Rumah Salahuddin Al-Ayubi (Merah) dipilih sebagai Atlet Guru Perempuan Terbaik Minggu Sukan 2009M.
.
Antara anugerah utama yang diumumkan pada petang tersebut ialah rumah terbaik dalam kategori rentas desa di mana Rumah Hamzah Bin Abd Mutalib (Hijau) layak memenangi kategori ini di atas pencapaian mata terbanyak sepanjang rentas desa pada 18hb April yang lalu.
.
.
Tahun ini merupakan tahun bertuah bagi Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru) apabila membolot 3 trofi utama dalam kategori terbaik dalam Kategori Sukan Tahunan, kategori terbaik dalam Sukan Ria dan Kategori Rumah Terbaik.
.


.
Ketua Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru) berbesar hati menerima trofi-trofi dari Timbalan Pengetua Pentadbiran SMALHB.
.

.
Acara kemuncak adalah pengumuman Juara Keseluruhan yang diumumkan oleh Ketua Penyelaras Jasmani, U. Haji Mayadi bin Haji Ali. Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi sesi 2009M di atas pencapaian terbaik sepanjang temasya Minggu Sukan Tahunan dan Sukan Ria selama seminggu. Tahniah diucapkan dari SMALHB!

.


.
Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru) merakamkan gambar kenang-kenangan beramai-ramai selepas majlis. Kegembiraan jelas tergambar di setiap riak wajah. Penat-lelah terbayar sudah..Maju sukan untuk semua....
.

Ahad, April 26, 2009

Sukan Ria SMALHB 2009M

Sukan Ria SMALHB 2009M
25hb April 2009M-Sabtu
Padang Besar SMALHB
.
Sukan Ria SMALHB kembali lagi bagi musim 2009M dengan menemukan semula 4 buah rumah sukan bagi merebut kejuaraan dalam pelbagai acara sukan. Rumah Hamzah bin Abd. Mutalib (Hijau), rumah Salahuddin Al-Ayubi (Merah), rumah Khalled bin Al-Waleed (Biru) dan rumah Tariq bin Ziyad (Kuning) dihias dengan dekorasi-dekorasi melambangkan imej rumah masing-masing. Acara yang bermula pada kira-kira jam 8.15 pagi itu dimulakan dengan acara perbarisan lalu rumah-rumah sukan dan persembahan pengenalan setiap rumah.
.

.
Rumah Merah membuka tirai perbarisan lalu dengan moto " Pantang Berundur Walau Seinci ". Semangat seperti pahlawan Salahuddin Al-Ayubi yang tetap mara berjuang dimanifestasikan dalam persembahan silat oleh kumpulan rumah ini.
.



.
Perbarisan lalu diteruskan dengan rumah Kuning dengan moto " Pemangkin Atlet Ilmuan " . Seorang atlet itu bukan sahaja diukur dari segi kejaguhan fizikalnya tapi mentalnya yang meliputi segala ilmu pelbagai bidang.
.

.
Kreatif!! rumah Tariq bin Ziyad membawa 2 pembawa obor, lambang semangat kesukanan..sekali imbas pembawa obor seperti memegang jambangan bunga.. versi 2 dalam 1.. very creative!!
.



.
Manakala rumah Hijau membawa tema "Jimat Tenaga" demi membantu dunia sejagat mengurangkan risiko "Global Warming"..
.
.
Rumah Biru pula menyingkap kalimah BIRU iaitu " Beriadah Itu Relaksasi Ummah ". Islam itu menganjurkan kita beriadah sebagai ketenangan dalam kehidupan harian di samping menyihatkan jasmani.
.




.
Ikrar sukan diketuai oleh Pengerusi Badan Sukan dan Kegiatan 2009M, Awang Mohammad Yunos bin Haji Mohammad.
.





.
Pelbagai acara telah dipertaruhkan bagi merebut pingat-pingat dan mata setiap rumah sukan. Antaranya ialah Lari 100 Meter Lelaki dan Perempuan (Penuntut/Guru), Lari 4 X 100 Meter Penuntut dan Guru (Lelaki dan Perempuan), Lontar Lembing, Buang Peluru, Mix Relay, Orang Kuat SMALHB dan bemacam-macam lagi.
.







.
Acara kemuncak pagi itu ialah Perlawanan Tarik Kalat antara rumah Kuning dengan Merah bagi merebut tempat ketiga. Manakala rumah Hijau bertemu dengan Biru untuk menentukan Juara dan Naib Juara. Bagi acara tarik kalat ini, rumah Hijau muncul juara dengan berkesudahan agregat 4 - 2.
.






.
Acara padang Sukan Ria musim ini dimonopoli oleh rumah Biru dan Hijau yang berkongsi mata pada akhir perlawanan dan tidak termasuk markah bagi acara persembahan lalu. Segala keputusan mutakhir dan penyampaian trofi-trofi utama akan diumumkan pada sebelah petang dalam acara penutup Sukan Ria dan Tahunan di dewan SMALHB.
.